Selasa, 14 Disember 2010

Orang bawahan kata

Dah lama Biadoho tak berbicara, faham ajalah cuti sekolah dan samester. Komputer pun dikontrol oleh mereka yang bercuti. Sebenarnya banyak benda yang diperkatakan, Boado akan cuba semampu yang boleh. Pertama YB......diseret kemahkamah, kata surat khabar, dulu YAB sekarang A dah hilang. Apa yang menariknya YB kata  "Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaraya yang menghadapkan saya ke mahkamah kerana ini memberi peluang saya mmenjelaskan isu ini dalam Mahkamah dan membersihkan diri saya". Cakap-cakap orang bawahan. "Nak bersihkan nama pergi Mahkamah" 
Angka:
i. RM 3.5 juta - jumlah harga tanah dan banglo terbengkalai yang saya beli atas nilaian Rahim & Co.
ii. RM 3 juta pinjaman HSBC
ii. RM 600 ribu - kos pembaikan dan ubahsuai bagi menyiapkan banglo yang terbengkalai tersebut.

Orang bawahan cakap "O mak Oiiiii mahainya. "beso rumah tu". Kami mampu beli rumah teres aj, itu pun jenuh utang, tak apa le dia orang, orang beso.  Caka orang bawahan lagi "mengapa tak ikut pimpinan Sahabat " salah satu faktor kejatuhan Kerajaan Islam Uthmanyiah pemimpin sebok dengan Istana yang mewah-mewah. Teman bukan nak menuduh dan bukan nak mengambil kesempatan dari balaQ yang menimpa orang. Semoga dia bersabo dan tutup mulut.
PUTRAJAYA: Peguam Negara,  semalam menegur YB supaya jangan terus membuat kenyataan mengenai kesnya yang berkemungkinan boleh ‘memakan diri sendiri. 
Cakap-cakap orang bawahan "Haaaaaa kamu dengo tu, kamu ulas banyak nanti kena pulak, kamu tu dalam kes, kawan pulak
  PN  berkata, kenyataan keterlaluan yang dibuat bekas YAB berhubung kes itu boleh digunakan sebagai bukti terhadapnya dalam perbicaraan, selain subjudis.
Cakap orang bawahan "nak tuduh kamu tu bukan banyak sangat buktinya, cakap banyak nanti jumpa bukti pulak, sapa yang susah". Aku dan kamu susah,
Nampak gayanya boleh menang ni. Tapi kalau tak lakukan takkan kena P mahkamah, mai kita dengar apa kata PN  
“Ini (pendakwaan) bukan sandiwara, pasukan pendakwaan sudah ada bukti mencukupi dan kukuh bagi menyokong kes kita terhadap YB. Takkan saya sendiri mengetuai pendakwaan jika proses ini hanya untuk mengabui mata rakyat kerana ini juga membabitkan etika dan integriti saya.
PERGI MAHKAMAH NAK BERSIH NAMA LAGI
Satu lagi hal pasah Tokoh Maal Hijrah, dengan bangganya diumumkan Dr Zeti wanita pertama Tokoh Maal Hijrah. Boadoho tak le tahu apa kriteria seseorang nak jadi Tokoh, walau bagai mana pun Boadoho ucap Tahniah kepada Dr Zeti, memang diakui kelebihan yang ada padanya. Yang peliknya penal pemilih le Mungkin 1 Malaysia punya hal. Cakap orang bawahan Maal Hijrah tahun penghijrahan Nabi Muhammad SAW, sekarang ni  tak ada hijrah lagi, yang ada Hijrah dari jahat kepada baik, Dari baik kepada yang lebih baik. Maksudnya perubahan kepada yang lebih baik. Mungkin penal tu fikir bagi Tokoh dulu baru Dr.tu berubah. Apayang orang bawahan bimbang satu masa nanti Taukey wayang, taukey kelab pun dapat Tokoh Maal Hijrah, kerana tak Fikif orang yang terima tu patuh atau tidak pada perintah Allah,. janji ada sumbangan Negara. Adakah nanti orang berkata menutup aurat taidak perlu diMalaysia tanah airku. Latife Ussaki isteri Mustafa Kamal membuka tudungnya, mengikut fahaman suaminya dan mendesak wanita Islam Turki agar tidak memakai hijab atau tudung kepala. Apakah kita kearah ini......... 

Selasa, 30 November 2010

HAJI

Tak beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 1431 hijrah. Mari kita bayangkan seketika. Macam mana agaknya kalau kita tahu  tarikh kita nak Mati atau pun tarikh hari Kiamat? macam kita tahu nak datangnya tahun baru 1432. Pasti kita akan tinggalkan keseronkkan didunia ini.
Cakap-cakap kita kali ni, berkenaan naik Haji, rasanya semangat haji masih ada lagi, La ni orang tengah balik tunai haji. Cerita ni berkenaan orang miskin yang kerap pergi haji. Kampung tu ramai yang kaya dan berada, tapi tak le pegi haji sekerap si miskin ni. Si miskin ni kadang-kadang tak peduli makan minum anak bini, kira nak pergi haji saja, anak keci-kecik lagi, rumah pon buruk aja itu pun peninggalan arwah emaknya. Adakala naik haji di kedai kopi, sekali sekala dibawah pokok pelam hadapan rumah.Punya asyik main dam haji kerja pun malas. Musim getah mahal ni pun malas. Nak jadikan cerita, satu hari simiskin main dam dihalaman rumah bawah pokok pelam, kira-kira banyak kali dah pergi haji tapi tak habis lagi. Bini dalam rumah pun berbunyi le "Bang mai jap", Tunggu sat kata suami. tak lama kemudian bini panggil lagi "bangg mari sat" tunggu sat nak pegi haji ni. kali ketiga suara bini kasar dan kuat sikit "bangggggggg mai sat" Simiskin pun dengan pantas bangun terus masuk kedalam rumah. Apa lagi dalam rumah *&^%$#@aduh+_)(*&^%$#@aduh<>?:"}{+_aduh&+. Si miskin terus keluar rumah dan pergi ketmpat main dam haji, bawah pokok pelam. Kawan pun tanya apapasal? "ORANG PEREMPUAN BUKAN BOLEH BAGI MUKA" kata simiskin. Kawan pun terkejut dan nampak dibelakang simiskin ada bekas kena pukul dan nasi. Si miskin pun bercakap-cakap "Bini aku pukul dengan sendok nasi' dia marah aku tak beli ikan lagi, dah tengahari ni" Nasib baik aku bagi belakang kalu bagi muka macam ni le jadinya.

Sabtu, 27 November 2010

Begitulah jadinya

Cakap-cakap dari kekasih yang baru balik  mendengar kuliah.
Uataz tu cakap dia, suka bercampur/ bergaul dengan anak-anak muda. Cerita dari ustaz.
Anak-anak muda sekarang mempunyai nada dering HP bermacam-macam. Nada dering kekasih dengan lagu.......Cinta, Nada dering untuk emak lagu Mamat Oh Ibu, bapa lain, macam-macamlah. Kalau nada dering kekasih tu cepat-cepatlah dicapai dan dijawab. Ustaz pun bertanya:-
Ustaz....... Kekasih ke?
A.Muda....Ya.
Ustaz........Cinta ke kat kekasih?
A.Muda....Ya
Ustaz........Kat Allah cinta tak?
A.Muda....Mesti.......... lah cinta. Allah mestilah kita cinta.
Ustaz........Seruan Azan dah lama berkumandang, tak pergi sembahyang pun.
Itulah kehidupan bila panggilan kekasih aja, cepat-cepat kita jawab dan layan. Bila seruan azan....panggilan Ilahi.....berat aja langkah kita. Solat ni kena On Time. Mengapa sembahyang menjadi berat? Awat!! kerana selalu sembahyang. Kalau selalu sembahyanglah menjadi ringan. Sembahyang tak berat pun, itu pasal ramai yang boleh buat. Yang berat kerana jarang sembahyang.
Satu lagi cerita sebelum terlupa, nak ucapkan selamat menghadapi Perperiksaan kepada anak-anak menakan dan semua pelajar yang ambil SPM/STP tahun 2010. Rasanya tak terlambat lagi. Nak pesan jugalah, jagalah kesihatan, jangan lincah sangat dengan aktiviti luar, duduk aja kat rumah buat masa ni, manalah tau takut-taku teseliuh tangan, nanti nak tulis susah pulak.  Semoga berjaya anak menakan ku Adib Khusairi, Afini M.Zahir dan Nurul AhmadNor. Doa dari Biado Ho. Untuk kejayaan.
Ini nak cerita pasal marah pulak, tak guna punya orang,..pinjam kata Aderin "Cilaka" punya orang. tak habih-habih menyusahkan. Kalau dapat nak potong-potong tangan bio padan.buat jahat tak habih-habih. Besi tutup longkang jalan kena curi lagi, kali ni jalan utama dari Tmn Sejati ke kawasan perushaan Bakar Arang dekat terowong. Yang peliknya kawasan tu ramai orang, jalan utama pulak, takkan tak ada orang nampak. Kalau orang ramai tengok aja jenayah berlaku depan mata, tak ambil tindakan mencegah, nampak gayanya harta kita tak selamat. Lu punya lu jaga, wa punya wa jaga. Cakap-cakap dari Baling. dulu kalau getah buku (sekerap) jatuh dari lori, orang buat  endah tak endah aja, sekarang jangan main. 3 ketul buku getah dah boleh dapat RM5. Boleh isi minyak motor, nak rempit.
                                 AMARAN SETERUSNYA
Sikit lagi nak cakap-cakap kerana  pandang pandang  kat FB anak-anak dan anak-anak menakan. Yang bergaya dengan perempuan le, yang bergaya macam model le, macam artis le, yang bergaya dengan tatu le, yang macam pondan le, yang tak pakai tudung le, macam-macam lagi le. Yang pertama JANGAN ikut yang tak baik. Kita orang Islam.
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).

Jumaat, 19 November 2010

MALAYSIA TERLEWAT LAGI

Hari ni dah 19november ertinya dah 3 hari kita menyambut hari  Raya Qurban. Ramai dan banyaklah berjumpa dengan orang dan dengar cakap-cakap. 10 Zulhijjah  1431hijrah hari raya diucapkan SELAMAT  "Eid Al Adha"  Mubarak kepada sesiapa sahaja yang terbaca blog ini. 11, 12, dan 13 hari tashriq, "hari makan minum". Hari ni di Mina Jemaah HJ mula berangkat  balik ke Mekah, hendak menyempurnakan tawaf haji dan sae haji.
Terlalu banyak cakap-cakap yang didengar sampai tak tahu mana  nak dicatit. Pertama berkenaan hari Ukuf di Arafah 15/11/2010 dan Malaysia sambut Hari Raya  Qurban 17/11/2010. Katanya kebiasaan Malaysia akan sambut Hari Raya ini (Qurban) sehari selepas Ukuf di Arafah, maksudnya raya pada (16/11/2010) seperti negara-negara lain. Penentuan tarikh bulan Hijirah (puasa dan raya) di Malaysia melalui Rukyah dan hisab dan pada malamnya Penyimpan Mohor besar Raja-Raja akan mengumumkan dengan persetujuan Raja-raja.............Cakap-cakap  nakal pun keluarlah, masa negara seluruh dunia lihat anak bulan, sampai kat Malaysia dia menyorok kat mana.......Sampai bila nak sama, apakah anak bulan stetelah 24 jam samapai kat negara lain baru datang ke Malaysia. Kita bimbang diketawakan Satu bumi, satu bulan satu matahari tetapi berbeza tarikh. Cakap mudah kita ikut pemerintah. Tapi adakah Arab dan Malaysia bumi yang berbeza. Apaapa pun Biado Ho serahkan kepada pakarnya Falak Syari Malaysia.
Cakap-cakap kedua di restoren Mamak, sebenarnya sekarang bukan restoren mamak, restoren bangla/India mari. Cakapnya sekumpulan keturunan India warga Malaysia marah kepada pekerja restoren. "Apa pasai mahal mau cepat balik India ke?". Lebih kurang 40 -50 tahun dulu ayat ini orang melayu kata kat orang India warga negara, tapi sekarang orang Melayu tak kata dah, yang kata Orang India warga negara  kepada Orang India mari. Nampaknya orang India warga negara telah akui Malaysia negara mereka. Mungkin pemimpin negara telah memikirkan menghapuskan Identiti bangsa  (Melayu, India, Cina dan lainnya) kepada bangsa Malaysia. Macam Bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Rasanya kalau semua di kenal Bangsa Malaysia hilanglah UMNO, MIC, MCA hanya tinggal PAS dan bukan PAS aja. XIE XIE

Ahad, 14 November 2010

Demi Alam

Ari tu lepas sembahyang Zohor di Masjid Abdul Rahman (1939) Sg. Petani. Nampak le pelajar sekolah KJ di tempat Paker Motosikal, salah seorang ada rokok di tangan. Apalagi agenda nak mengempaQ budak pun dilakukan.

H- Hang buang rokok tu, dengan muka seriuesssss.
B-Apa pasal pulak, saya dah 18 tahun.
H-(dlm hati betul juga budak ni  dah 18 th) Hang sekolah lagi, pakai baju sekolah.
B-Dah habis sekolah.
H-(dlm hati kemeh jugak budak ni) Ini kawasan masjid di larang merokok.
B-(terdiam rokok masih di tangan)(tak tau apa yang di fikirkannya)
H-(dlm hati nampaknya aku menang) Tak malu ke? Kawan-kawan semua tak merokok. Awak seorang aja  merokok.
Rokok tetap di tangan menunjukkan kedegilan. (dlm hati kalau dah tak mau dengar nasihat baik aku belah, mungkin dah dapat lesen bapanya agaknya)
Sebelum marak macam ni
Dalam kereta, fikiran pun melayang. Mengapa aku tidak perokok?. Teringat masa aku kecik-kecik, arwah Wak Imah (jiran kg) selalu memanggil “Ooo Wak mari kojep, tolong poie kodai kojap boli rokok”(lorat panai), Nak kata rokok ni dah kenal sejak kecik lagi, tapi tak jadi perokok pun. Abah seorang perokok tegar anak-anak tak perokok. Tapi yang diasuh Ibubapa, keluarga dan masyarakat masa tu "BUDAK-BUDAK MEROKOK ADALAH MANJADI SATU KESALAHAN BESARl".
Fikiran melayang lagi, teringat Hadis Rasululah SAW “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dibetulkan dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu dengan lisannya, jika tidak mampu lagi dengan hatinya. Yang demikian ini selemah-lemah iman”.
Aku tang mana?
Fikiran melayang lagi tadi kalau aku berkeras pun pasti budak tu takkan buang punya, rokok sebatang pun dah hampir seringgit. Rasanya nak ku sumbat Mulut budak tu  macam ni. 
Tapi teringat pula hadis Rasulullah SAW.
“Barangsiapa membetulkan orang bid’ah, Allah akan memenuhi hatinya rasa aman dan iman. Barang siapa menghinanya, Allah akan menyelamatkannya dari hari kiamat. Barang siapa melakukan amar makruf nahi munkar, dia khalifah Allah di muka bumi, malah khalifah kitab dan khalifah rasulnya” 
Rabu ni 10 zulhijjah 1431H Kita akan menyambut hari Raya Qurban. Ia itu hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Apa yang BIADO HO nak peringatkan jangan kita lupa berdoa dan berpuasa pada 9zulhijjah  "Daripada Abi Qatadah bahawa Nabi SAW ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Baginda menjawab, Ia menghapuskan disa yang dikerjakan pada tahun yang lalu dan tahun yang akan datang (Riwayat Muslim)
SELAMAT ................Eid Al Adha Mubarak

Khamis, 11 November 2010

Mai P Masjid


Masa kerja - hari-hari ulangalik dari rumah ke tempat kerja, tempat kerja kerumah.
Sudah pencen - ulangalik rumah hospital, hospital rumah, kadang-kadang tersangkut di hospital.
Kata sesaorang yang sudah pencen. Tersedar dari cakap-cakap pendek ini, mari kita perbagaikan langkah kita, sebelum terlewat. Pertama mari kita melangkah ke Masjid. Masjid adalah rumah Allah SWT. Anas RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Siapapun yang mencintai Allah SWT, harus mencintai Aku. Siapapun yang mencintai Aku, harus mencintai Sahabat-sahabat Ku. Siapapun mencintai sahabat-sahabatku  harus mencintai Al Quran. Siapapun mencintai Al Quran harus mencinati Masjid".
17. Tidaklah layak orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir. Itulah orang yang sia-sia perkerjaannya dan mereka kekal di dalam nereka.
18. Sesungguhnya uyang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan Solat, menunaikan Zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) kecuali kepada Allah. Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk.At-Taubah.
"Sesiapa yang datang ke masjid, ia seperti seorang tetamu yang berniat untuk mengunjungi Allah SWT dan Allah SWT menghormati tetamuNya"
 "Aku penuhi panggilan Mu Ya Allah, Aku penuhi panggilan Mu, tiada sekutu bagi Mu, Aku penuhi panggilan Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milik Mu, tiada sekutu bagi Mu"
"Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Tanah Haram ini, Tanah haram Nabi Engkau Muhammad SAW dan Engkau telah mengharamkannya menerusi kenyataan lisan Nabi Engkau Sallallahu 'alaihi wasallam, maka kami pohonkan dengan kemuliannya jadikanlah ianya sebagai perisai bagi diri kami daripada api neraka dan keamanan daripada perhitungan yang tidak baik pada hari kiamat".

"Janganlah kalian bersusah payah membuat persiapan kecuali jika hendak pergi ke tiga buah masjid. Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjid Ku ini (masjid Nabawi)." Rasulullah SAW.
 PALESTIN maafkan kami.........

Selasa, 2 November 2010

Nak PeKena oRang

Pandang dan cakap kita kali ni, berkenaan seorang Tauke kedai emas, baru balik dari melancong di Bandong Indonesia, habis berjuta. "Katanya"  tidak semacam melancong di Mesir dan Dubai hanya habis ribu sahaja. Di Mesir "katanya", tidor diatas kapal di Laut Merah lebih murah dari tidor Hotel diatas darat. Di Dubai "katanya", sempat melawat tempat menjual emas, "punya le banyak kedai menjual emas" (semacam tempat jual kain di Nilai) kira-kira ada tiga ratus buah kedai. Bayangkan "katanya" setiap dinding-dinding kedai dilekatkan almari pameran di penuhi dengan Emas. "Katanya" kira ratus tan punya emas ooooooo. (Nilai pun tak pernah pi). Tapi ceritanya punya banyak emas tu bolehlah  bayangkan, tambah kalau disinari dengan cahaya lampu tentu lebih menarik  Lupakan cerita pasal Mesir dan Dubai. Tanya Tauke pasal apa Bandung habis juta, main judi ke?. 'Hai ya' judi jangan main 'O', saya tarak main judi. Ini judi 'a', serupa kita tengok awan di langit, kita tengok  ada awan, sat saja dia sudah pergi. Duit judi itu macam la, sat mari sama kita, kemudian itu duit sudah pergi (kalah). Habis Tauke cakap pergi Bandung habis juta. 'haiya' bukan Juta Ringgit 'la'. Juta Rupiah looo. Seronok juga pekena orang.
Seronok juga pekena orang.
Teringat masa kecik-kecik dulu baca cerita Si anjing dengan Si Bangau. (cerita ingat-ingat lupa). Pendek ceritanya. Si Anjing mengajak Bangau makan kerumahnya, sampai di rumah Si Anjing menghidangkan makanan didalam pinggan, si Bangau pun tak boleh le nak ambil makanan. Sampai giliran si Bangau mengajak si Anjing makan kerumahnya, si Bangau pula menghidangkan makanan didalam Botol  lubang kecil, si Anjing pula tidak dapat menjilat air didalam botol- Rasanya cerita ni semua orang tahu. Apa yang nak diHabak ni berkenaan kita le. Aajak Hindu makan kerumah kemudian hanya dihidangkan daging lembu aja, dia nak makan apa. Atau pun kita hidangkan makanan seafood untuk suami sadangkan kita tahu suami ada penyakit Kurap dan gaut. manalah dia boleh makan. Buat penat kita masak aja. Ajak budak-budak sekarang makan bubur, jawabnya Wassalam le. Terima kasih Dah masuk Maghrib. Itu le namanya nak pekena orang