Rabu, 28 April 2010

RIBUT

2 hari telah berlalu. Adakalanya ada perkara dalam hidup kita ini, kadang kadang tidak terjangka akan berlaku. Manusia tidak mampu berbuat apa-apa. Contoh terdekat RIBUT melanda  Sg. Petani juga Taman Sejati Indah. Salah satu mangsanya rumah bernombor 148 & 149. Apa? Kau orang tak percaya?. Mungkin ramai yang sudah tahu. Cuma nak cerita kerana perkara ini terkena Rumah  BIADO HO. Pertama kali terkena musibah semacam ini. INIlah di katakan putaran alam. Dahulu orang kena, kita hanya menjadi pemerhati dan rasa simpati aja. Sekarang giliran kita telah tiba. Sekurang-kurang ia memotivasikan diri ini. Semoga menjadi hamba yang redha dan bersabar.
Jam 2 petang masa untuk melangkah ketempat kerja. 2 anak tinggal di rumah kerana bercuti kerja dan belajar. 2 anak belajar di UMP dan SMKA Baling. Cuaca hari 26 april seperti biasa, tiada tanda balaq akan melanda. Ariff tekun belajar di SKSG. Pn. Chik Norsimah juga kepejabat setelah menjamu suaminya dengan serawa labu kuning.
Talipon berbunyi, lihat skrin anak kesayangan memanggil, butang hijau di tekan, tanpa salam "Abah bumbung rumah tercabut" diterbangkan angin. Inilah dikatakan kuasa Allah. Menjadikan angin untuk keperluan makhlok, kadang kala menjadi Musuhnya.
155. "Dan sungguhnya akan kami berikan cubaan kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". 
156. (yaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan " Innaalillaahi Wa innaa lilaihi raaji'uun.  
(sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya kami kembali)
157. Mereka itulah yang mendapat keberkataan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat pertunjuk. (Al Baqarah).
Sabda Rasulullah saw.
Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah suatu kebaikan (keuntungan) maka di berinya  ia penderitaan (hr Bukhari dari Abu Hurairah).
Teringatkan ayat dan hadis ini hilanglah kedukaan. Sabar dan redha menjelma. Semua ketentuan dari Allah pengatur alam. Manusia hidup tidak terlepas dari cubaan dan penderitaan. Cubaan datang silih berganti. Penderitaan datang dan pergi. Telah banyak yang di kecapi, hanya sedikit yang hilang. Bersyukur kepada Allah tiada yang cedera tiada nyawa yang hilang.
Riwayatnya telah tamat. April 2008 permulaannya, genap 2 tahun usianya. Kehadirannya sememangnya tidak memuaskah hati. Tetapi apakan daya tersalah pilih, tersilap runding, kehadirannya diterima juga. Niat dihati sememangnya ada untuk menukarkannya dengan yang baru dan cantik, tapi apakan daya capai tak sampai. Kini ia pergi membawa bersama 6320.00. April 2010 ia pergi dengan 1000 kenangan dan sejarah. Pergilah engkau sebagai besi-besi buruk. PORCH.