Rabu, 7 Disember 2011

Maal Hijrah


“Wahai kaum Muslimin! Ini dia kebahagian kamu, yang selalu kamu nanti-nantikan” berteriak seorang Yahudi dengan kuat apabila melihat sahaja rombongan Nabi Muhammad SAW sayup-sayup tengelam timbul ditengah-tengah lautan pasir menuju ke Madinah.
Anas bin Malik menceritakan “Aku ikut menyaksikan ketibaan Nabi ke Madinah. Tidak ada  suatu hari pun yang lebih cemerlang daripada hari ketibaan Nabi ke Madinah. Demi Allah! Belum pernah aku melihat peristiwa semeriah itu”
Begitulah gambaran kegembiraan manusia menyambut ketibaan Nabi Muhammad SAW  di Madinah. Semua perempuan daripada isteri hingga kepada gadis-gadis keluar dan bernyanyi. Semua ketua kaum mengajak Nabi singgah dirumah mereka malah meminta Nabi menetap di kampung mereka, Begitulah kemeriahan ketibaan Nabi Muhammad SAW di Madinah
  Sepertimana biasa, kita juga bergembira setiap kali tibanya Maal Hijrah. Perayaan diadakan
  dari negara hinggalah keceruk kampung. Semoga azam Maal Hijrah kali ini 1433 lebih baik dari
  tahun lalu, janganlah gembiranya sahaja tanpa perubahan BerHIJRAHlah kita dari suatu
  keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Jangalah kita seperti seorang Yahudi diatas
  hanya gembira dan mengembirakan oranglain dengan ketibaan  Nabi Muhammad SAW
  Jadilah kita seperti wanita-wanita yang keluar menyambut Nabi Muhammad SAW dengan  
  gembira dan nyanyian. Gembira bersua dengan Kekasih Allah.
Terbit bulan purnama atas kami
Dari sisi Thaniatul Wada,
Kesyukuran telah wajib atas kami
Atas ajakan Nabi ke jalan Allah,
Wahai Rasul yang diutuskan kepada kami,
Datanglah Engkau dengan urusan yang ditaati
Dan jadilah Kaum lelaki yang menyambut dengan laungan
Allahhu Akbar, Muhammad telah datang kepada kami
Allahhu Akbar, Muhammad telah datang kepada kami
 Nabi s.a.w. bersabda  "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)