Ahad, 19 Mei 2013

sudah sudahlah

Diluar sana rasa tidak puas hati masih lagi mengila gila. Ketua mengarang dan bercerita, penyokong mengiakan dan menghebus api kecil supaya marak. Harap harap jangalah begitu, api yang kecil janganlah dimarakkan. Jika sudah marak adakah dapat dipadamkan atau akan menjadi abu. Belajarlah dengan sejarah lihatlah disekeliling. Janganlah kerana hendak menegakkan satu yang belum pasti, sanggup menjadi abu.
Diluar sana orang ramai juga sebok membeli emas, kononnya harga emas jatuh, ada juga berkata untuk disimpan menjadi bekal ketika pelarian nanti, konon bumi ini akan menjadi merah, api yang marak, wang kertas tidak menjadi harga. Hanya emas menjadi penyelamat. Patutlah pantun lama ada berbunyi "Pisang emas dibawa belayar, masak sebijik diatas peti. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Marilah kita berbudi kepada bumi ini.

Bila seorang telah diangkat menjadi pemimpin, ertinya Ia telah membebani dirinya untuk memimpin semua rakyatnya. Semoga rakyat merasa suasana bahagia, aman dan sejahtera. Itulah tujuannya diangkat pemimpin. Persoalannya dapatkah pemimpin melaksanakan tugas ini tanpa dibantu rakyat. Untuk mendukung usha rakyat haruslah menyokong dan taat kepada pemimpin. Hadis Rasulullah s.a.w  "Dengarlah dan taatlah sekalipun yang diangkat atas kalian seorang budak Habasyah. 
"Barang siapa taat kepadku, berarti ia taat kepada Allah. Barang siapa mendurhakai aku berarti mendurhakai Allah. Dan barang siapa taat kepada pemimpin, berarti ia taat kepada ku. Dan barang siapa mendurhaki pemimpin berarti mendurhaki aku " (HR Bukhri dan Muslim). Berilah kerja sama Lima tahun ini kepada pemimpin yang dipilih. Kita jumpa semula PRU14 nanti.
Pemimpin, berlakulah jujur dan adil. Janganlah ada niat untuk memperkayakan diri sendiri dan keluarga. Jika tidak dapat menjadi Umar bin Abdul Aziz contohilah beliau. Jikatidak pun jadilah Nik Aziz.