Khamis, 31 Disember 2015

di akhiri sebelum lambaran baru.

Di penghujung tahun 2015 ini bukan kita nak memaki dan memarah Najib. Cuma apa yang kita nak ingatkan jangan terlalu menekan rakyat, jangan menaikan cukai, jangan menambah beban rakyat, berpada padalah berbelanja. Jangan suruh rakyat berjimat, tetapi kamu boros, berbelanja sakan. Kita bukan negara miskin, sumber pendapatan negara tiada masaalah. Kita ada minyak, kita ada getah, kelapa sawit. Begitu banyak sumber bumi yang kita ada. Tetapi semua dibelanjakan dengan boros dan tidak berhikmah, menyebabkan cukai di bebankan kepada kami. Ingat Najib.
 Gambar hiasan Ingat
Cukai barganda keatas rakyat
Jangan bermewah mewah
Hulur tangan hendak membantu atau saja saja hulur
Akan brhadapan dengan rakyat satu masa nanti
atau akan meninggalkan ke indahan
tinggal bersendirian dengan amalan yang di bawa.

Selasa, 29 Disember 2015

Allah sampaikan hajat.

Perjalanan di sepanjang 2015 sangat mengembirakan. Allah mengurniakan segala keinginan. 
 











Khamis, 17 Disember 2015

Semoga berbahgia


Dengan Berkat dan 'InayahNya kedua dua mempelai Shahirah dengan pasangannya Zulkifli telah selamat diijab qabulkan pada petang 4/12/2015 di Masjid Pokok Asam Tikam Batu Kedah. Berwalikan ayahnya Hj.Sholehuddin, disaksikan kaum kerabat dan sahabat handai.
 

 Dipoho kepada Mu Ya Allah berkatilah pasangan ini, suburkanlah perasaan kasih sayang dan lemah lembut antara mereeka berdua. Sesungguhnya pasangan ini telah mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W maka tunjukkanlah kepada meeka jalan kebenaran dan ketaqwaan. Panjangkanlah umur kedua dua mereka dalam kesenangan dan kebahagian, kegembiraan yang berkekalan dan hati yang lapang.
Jadikanlah mereka Qana'ah yakni merasa cukup dengan apa yang Allah rezekikan dan sentiasalah memelihara rumahtangga. Kurniakanlah kepada mereka kesabaran dan ketenangan didalam menghadapi segala cobaanhidup berumahtangga. Rezekikanlah kepada mereka keturunan yang soleh dan soleha serta taat kepada kedua ibubapa.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Ya Allah kami juga memohon di saat ini agar dikurniakan kami sekalian kesihatan dan keselamatan anak anak yang taat sejuk mata memandang, keluarga yang rapat, rakan taulan yang dapat membantu ke arah kebajikan dan masyarakat yang bersatu padu.