Selasa, 24 April 2018

Hadis

1 hari 1 hadis
(1) PEMURAH  (2) BAKHIL (3) ORG JAHIL (4) ABID. .APA KAITAN ANTARA SATU DNG YG LAIN
Saidina Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang yg pemurah, hampir dgn Allah SWT, hampir dgn syurga dan hampir juga dgn org ramai sebaliknya jauh dr neraka. Manakala seseorang yg bakhil jauh dr Allah SWT, jauh dr syurga dan jauh juga drpd org ramai sebaliknya dekat dgn neraka. Sesungguhnya org yg jahil tetapi pemurah lebih dicintai Allah SWT drpd seorg yg abid tetapi bakhil."
HR Tirmizi
*maksud 'abid' ialah org yg kuat beribadat sunat

Insaf

*Berbagai Cara Allah Mendidik*





Berbagai cara Allah mendidik dan menginsafkan manusia
Merayu, memujuk, mengumpan, menakutkan, melihatkan kekuasaan
Memperlihatkan kebesaran, menceritakan kesudahan orang yang baik dan jahat
Semua bentuk pendidikan ini untuk menarik perhatian manusia
Agar terpujuk kepada Allah yang Maha Esa
Namun manusia degil juga

Perhatiannya tiada
Ada mata dipejamkan, ada telinga dipekakkan, ada akal tidak difikirkan
Ada hati tidak ada perhatian
Seolah-olah manusia tidak ada mata, tidak ada telinga, tidak ada akal, tidak ada hati
Nafsu sahaja yang dibelainya
Bertindaklah nafsu sesuka hatinyaManusia telah menjadi tawanan nafsunya
Marilah segera kepada-Ku, kata Tuhan
Manusia buat-buat tidak dengar aja
Syurga-Ku indah, nikmatnya belum pernah mata melihat
Belum pernah telinga mendengar
Manusia tidak peduli, adakalanya jadi bahan perli
Neraka-Ku dahsyat, hebat untuk orang jahat
Manusia tidak rasa apa-apa, biasa sahaja
Engkau tidak lihatkah
Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan, sungai, lautan Aku cipta?!
Manusia tidak ambil tahu penciptanya
Tapi ambil tahu khazanahnya untuk keuntungan dunianya
Hujah-hujah dan tanda-tanda kekuasaan, kebesaran Tuhan untuk menyedarkan manusia terlalu banyaknya
Namun manusia tidak juga beriman
Kalau beriman pun tidak bersyariat
Munasabah manusia masuk Neraka dengan keadilan