Rabu, 11 Mei 2011

10.10 Malam





selamat hari lahir yang ke 48
Semoga Panjang Umur.
Murah rezeki.
Dikuatkan Iman
Sihat selalu
 Malam 10.10 12.mei 1963 kampung Perak Bukit Selambau digemparkan degan tangisan seorang bayi perempuan setelah itu diberinama Che Norsimah. 

Ahad, 8 Mei 2011

WarKah


Anakanda

No.51 Jalan Tua

Taman Dekatdah Kubur.

8hb. Mei 2011


        Assalamualaikum warahmatullah.

                       Kehadapan Ibu yang tersayang. Semoga dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya. Anakanda sekeluarga disini sihat-sihat sejahtera dan sentiasa mengingati Ibu.

                       Adapun tujuan anakanda  menulis surat ini kerana hendak mengucapkan “Selamat Hari Ibu”. Semoga dengan kehadiran surat ini mengembirakan ibu. Buat  masa ini anakanda sekeluarga  tidak dapat balik kebandar menemui Ibu kerana anak sebok dengan urusan kerj-kerja dikampong.  Untuk makloman Ibu sekarang ini anakanda sedang sebok menebas hutan belakang rumah untuk dijadikan lapangan terbang. Kerana cucu Ibu yang bongsu telah mengoder beberapa buah kapalterbang dari Libya.  

                     Sempena hari Ibu ini, teringatlah anakanda tentang hutang-hutang anakanda yang belum terbayar kepad Ibu.

Hutang makan minum anakanda dari kandungan hingga besar. 

Hutang pakaian dari kecil hingga dewasa.  

Hutang mengasuh, membantu dan mengajar.

Hutang memberi nama yang baik kepada anakanda.

Hutang tidak mentaati dan bantah suruhan mu.

Hutang janji anakanda semasa kecil untuk menjaga Ibu ketika tua

               Sebenarnya banyak sungguh hutang anakanda keatas  Ibu.  Malah anakanda juga terhutang nyawa kepada  Ibu. Untuk pengatahuan Ibu, sebenarnya anakanda tidak mampu hendak membayar semua hutang-hutang tersebut. Oleh itu anakanda harap dapatlah Ibu menghalalkan dan memaafkannya.  Anakanda juga mohon redha ibu atas diri anakanda. Kerana redha ibulah menyebabkan redhanya Allah.

               Akhir kata anakanda doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosa anakanda terhadap Ibu dan seomoga Ibu diberkathi Allah. “Ya Allah Kasihanilah kedua Ibubapa Ku, sebagaimana keduanya  telah memelihara Ku dimasa kecil.

            Wassalamu’alaikum

 

anakanda

Rabu, 4 Mei 2011

Jan-G

Ok kita jumpa esok jam 7.30 pagi. Janji kawan nak turun kayuh basikal.
Jam dah 7.30pagi tak datang lagi. Cuba talifon tak jawab, tunggu 15 minit lagi tak kunjung tiba, talifon pun tak berbalas. Jawabnya kayuh le bersendirian. Sebelum ni pun kayuh sorang-sorang aja. Diatas baskad=L teringatlah pasal JanG. Janji dilidah mudah aja, lagi mudah janji diSMS. Nak TUNAI berat bebeno. Nak pesan kat orang bercinta, jangan berjanji nak sehidup semati. sebab mati tak tahu bila. kalau pasangan kita mati dulu takkan kita pun nak mati juga, Haram bunuh diri.
Pasal janji ni ada dua Insan yang berjanji nak bayar hutang bil api dan air, dan seorang lagi berjanji nak bayar hutang sewa rumah. Dok tunggu le sampai bila mereka nak bayar. En Zul apa macm. Suami Pn. Zuriza pun apa macam. Saja boh nama dia orang kat sini, kot-kot dia orang nak saman kat Cort.
Kayuh baskad lebih kurang 20km teringat subuh tadi berjanji dengan Allah.
Sesungguhnya Sembahyang ku
Sesungguhnya Ibadah Ku
Sesungguhnya Hidup Ku,
Sesungguhnya Mati Ku
Ku serahkan hanya kepada Allah seruan sekali Alam
Sekali-kali tidak aku menyekutukannya.
Ini janji ku kepada Allah, tunggu apa janji ku  pada Ibu