Isnin, 13 Jun 2011

Bandingkan

Sesakali mari kita mendongak kelangit, apa yang kita nampak langit yang terbentang. Kalaulah jatuh ke bumi baru padan muka. 
Sesakali mari kita tengok apa orang atas kata. Kaloo harga minyak naik, harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka pun membandingkan harga minyak Malaysia dengan hargi minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam. Cuma patik nak tanya, negara tu  ada minyak ke?.
Kaloo  Gula naik kata  mereka walaupun harga gula di Malaysia dinaikkan tetapi ia masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia Tenggara.
Ada ke pulak orang pandai ni dia umpamakan layanan isteri yang baik terhadap suami disamakannya sebagai layanan pelacur kelas pertama. Kadang kala Dr. ni silap juga. Hamba nak peringat kat Dr tu Isteri Jawatan Mulia, Pelacur pekerjaan hodoh.

 Kaloo leterik naik  katanya, kena bayq le, kerana dah guna.

Rabu, 8 Jun 2011

Perut boncit kepala botak

Semalam kayuh sat, dah patah balik peluh jantan tak meleleh lagi, bangak sangat urusan. Petang ni nak turun dengan  Datuk Cong ada tetamu pulak. Esok pagi cadang nak berkayuh, malam ni hujan pulak, harap-harap hujan tidak sampai ke pagi. Tengok badan MemBOSanKan naik cepat sungguh, nak turun punya punyalah susah. Tapi tak mengapa demi tak mahu duduk bercinta dengan Nurse diwat sanggup kayuh keliling satu dunia.. Apa tak percaya dunia ni bukan beso sangat. P tengok anak kat Amerika pon orang tau, P merisik anak kat luar pun orang tau, jangan dok sembunyi le, patut le Eleterik naik harga, Ko guna duit negera, kami nak guna kertas sehelai pon ustaz dah tegoQ Haram. Harta orang ramai. Mudah-mudahan Ko tak guna duit kami. Buat pengatahuan kome dulu dia pemain ragbi, pasal tak retim main dia beralih kepada bola sepak, bola sepak pon tak reti main orang bagi dia jadi, tukang bancuh air kat tepi padang, untung le jugak boleh masuk Stadium Sultan Ismail Kuala Terenggan free. 

Sabtu, 21 Mei 2011

Buat Menteri

Selamat Hari Guru
Selamat Hari Cikgu
Selamat Hari Mualaim
Selamat hari Murabbin
Sebenarnya setiap kita ini Guru dan anak murid. Tapi kadang kala  kita mengajar anak murid tak mahu dengar dan tak mahu ikut.  Sebabnya semasa kita menjadi murid tak mahu dengar cakap cikgu dan tak mahu ikut. Walau bagai mana pun di ucapkan terima kasihlah pada Cikgu-cikgu yang masih mengajar atau pun yang dah pencen.
Dengo kabor ada cikgu yang marah-marah ni, kata menteri nak umum bertia gembira buat cikgu, tengok-tengok takada pon. Sabor cikgu. Kami rakyat jelata yang makan gaji ni, kalau kata berita gembira tu, nak naik gaji atau elaun le apa lagi.
Tak mengapeee le sabo le dulu. Yang tak berapa nak sabonya, kerajaan nak kurangkan subsidi, kemudian nak hapuskan subsidi. Kata kawan kat kedai kopi kalo kerajan nak hapus subsidi kita tuko aja Kerajaan, itu katanya. Kita paham le tu dia marah sangat le agaknya.
Teringat le satu cerita bila Pemimpin nak buat persiapan perang dan minta duit rakyat. Seorang ulama telah bangun membantah katanya Haram. Haram kutip duit rakyat selagi pemimpin hidup dalam keadaan mewah.
Bukan Cikgu ni pun nak peringat kepada  orang beso=beso di atas tu. Kome jangan le berbelanja bermewah-mewah. Kalau P luar negara tu, rentikan le dulu. Kalau buat jamuan tu jangan le Geren-geren sangat,
Ingatnya itu le dulu buat tatapan  Kome