Khamis, 21 Julai 2011

2 ISI

Malam ni malam Jumaat, esok hari jumaat. Ada sembahyang jumaat, sembahyang jumaat ada khutbah jumaat. Jangan lena pulak masa khutbah, dengar betul-betul apa tok khatib kata.  Jangan dengar ujung-ujung aja nanti sesat. Baru ni dengar kat KL kecoh pasal khutebah. Katanya khutbah Jumaat untuk menfitnah penganjur dan peserta BERSIH 2.0. Mimbar disalahgunakan ni dah lama dengar. Dulu dia orang kata orang sana gunakan khutbah, khutbah politik le macam-macam. La ni orang sini pun guna la pulak. Jangan gaduh-gaduh mari kita tengok. Khutbah ni.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,
 maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
 
Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Selasa, 12 Julai 2011

TABIK SPERING


Mentari bersinar semula di Kuala Lumpur. Beberapa hari yang lalu 9 julai ia dimandikan dengan pancutan air dan semburan gas pemedih mata. Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak  pun mengucapkan tahniah kepada Polis kerana telah berjaya menyuraikan perhimpunan Bersih2.0 Namun begitu tabik spering 

sepatutnya diberikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kerana perancangannya dapat mengawal himpunan Bersih2.0 dan Peteriot dari bertembung menjadi ganas dan huruhara Terima kasih juga kita ucapkan kepada.  Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasa, pimpinan dan peserta Bersih kerana menunaikan janji  himpunan Bersih2.0 aman bukan rusuhan.


  Semogapemimpin mendengar rintihan rakyat.  Rintihan rakyat sentiasa diluahkan setiap kali pilihanraya Rintihan ini memuncak dalam PRU 12 menyebabkan pemerintah kehilangan banyak kerusi dan negeri. Semoga Ia menjadi iktibar bagi PRU 13 nanti. Semoga Malaysia menjadi negara aman damai dan dirahmati Allah.


Ibrahim Ali  dimana sekarang? Ali Rostam apa khabar? Azmin Ali nak tayangkan vedio kekasaran polis. Sembang dikedai kopi katanya “Tak guna punya Po…. Orang nak barhimpun secara aman pun tak boleh……….” Nak habak kat hampa itulah dikatakan perjuangan ada halangan dan rintangan. Mesti ada susah payahnya. Kalau nak senang tak payah berjuang. Apayang perlu  kita ingatkan tentang  perbezaan pendapat.  Ia adalah fitrah bagi manusia. Pandai-pandailah kita mengatasinya. Kita juga nak bagi tahu  alam dan makhlok kejadian sementara. Begitu juga dengan Melayu dan Malaysia sampai masanya dengan kehendak Allah hilanglah dari muka bumi ini. Apa AL Quran kata:-“Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, 'Ad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan, dan (penduduk) negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata; maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (QS. At-Taubah, 70)

"Dan berapa banyakkah umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka yang mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini, maka mereka (yang telah dibinasakan itu) telah pernah menjajah di beberapa negeri. Adakah (mereka) mendapat tempat lari (dari kebinasaan)?" (QS. Qaaf, 36)


Sesungguhnya terdapat banyak contoh dalam kisah-kisah tentang masyarakat di waktu lampau bagi kita yang dikaruniakan ke pahaman. Kehancuran mereka adalah  disebabkan penentangan mereka terhadap Allah dan penolakan terhadap perintah perintah-Nya, Ini membuktikan kepada kita,  betapa lemah dan tidak berdayanya umat manusia di hadapan Allah. 

 

Khamis, 7 Julai 2011

Tidor dengan Siam



Empat malam tidor sebilik dengan siam. Seronok,  tetapi setelah keluar  bilik dan berpisah menyesal la pulak. Mengapa lemah? tak mengeletar dan tak takut. Tapi malang, tah mengapa langsung tidak cerita kelebihan Islam padanya, mengapa tidak menyerunya kepada Islam,  Mengapa tidak mengajarnya Lailaha illallah.  

Beberapa hari yang lalu ada tugasan diKuala Lumpur. Tinggal lah sebilik dengan seorang  Siam,  bukan perempuan , lelaki.  Dia ni bolehlah dikatakan tahu tentang peribadatan dan adab-adab  orang Islam, mungkin dah tinggal lama dengan masyarakat Melayu .  Dalam perjalanan ke KL,  Dia ni boleh bertanya” Zohor nanti nak sembahyang kat mana” .   Jawab  “nanti  sampai KL saya jamak” sepatutnya cerita le sikit apa itu sembahyang Jamak dan kemudahan yang Allah beri kepada mereka yang dalam perjalan jauh. 

Satu ketika hendak keluar makan malam boleh dia kata “Kita keluar selepas Maghrib”.  Jaga sungguh dia waktu sembahyang.  Sayangnya dia bukan Islam.  Banyak pengatahuannya tentang Melayu dan Islam, sayang tiada orang mendampinginya.

Bila Kuliah  Isra dan Mi’raj,  teringatlah kesedihan Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam atas kematian bapa saudara  baginda  Abu Talib yang disayanginya. Berjuang mempertahankan Nabi, tetapi meninggal dunia tanpa Iman.  Apakah Siam ini akan menimpa nasib yang sama. Tahu tapi tak mahu, tahu tapi tak ada yang menyeru, tahu tapi malu atau tahu tapi nanti dulu.

“Sesungguhnya engkau tidak dapat member hidayat kepada orang yang engkau cintai”