Cuti sekolah, rasanya dah terasa, baunya dah menikam ke jiwa, bunyinya dah nak meletup Murid gembira, Cikgu lagi-lagi le. Kad kawiN dah banyak terima, tapi tak ada nama ad-rin,sassssa, zzzafirahh, ayuu, shirrrrah,dan pqqqh pun tarak, mungkin tahun 2010 nak naik sekali kot. Tak pe belajaq le puas-puas dulu. Yang nak cerita ni dulu-dulu kat Ayak Tawak kalau musim kawiN “Pulut Kuning” tak tinggal punya. “PENGUPAH” Ana pun tak belajar benda ni datang dari mana, tAu-tAu orang tuA-tuA dah amalkan, yang peliknya benda ni Kena buat, tak buat boleh jadi perang.
Sedikit tentang “Pulut Kuning” yang ana tau. Kononnya
Pulut - harap-harap hubungan kekeluargaan / persaudaran bertambah erat melekat macam pulut.
Kuning - ingatan selalu (tak lupa).
Atas pulut kuning diletak pula, telur ayam, garam, kepala kambing.
Telur ayam direbus – Hubungan yang bersih dan suci.
Garam –Menambah apa yang kurang. supaya sempurna / menerima seadanya.
Kepala Kambing – tunggu apa lagi nak di makan le.(ini tak reti nak ulas)
“Adat ni kita dah ketepikan kerana, kerana kita dah Mengaji (belajar ). Apa-apa adat yang bertentangan dengan Islam koho-koho kita tingalkan. Apa benda pun kita tadah tangan mintakat Tuhan. KauOrang pi mengaJi tak.