Khamis, 25 Februari 2010

Kekasih Ku

Kekasih ku jauh di mata, tetapi tetap di hati, ingatan kepada mu kuat sekali. Setiap hari aku menyebut-menyebut nama mu. Nama mu telah terpahat dihati ini. Sehinggakan aku sering memuji dan memuja mu, kekasih ku. Rindu sekali hendak menatap wajah mu. Aku yakin satu masa nanti aku akan dapat melihat wajah mu. Pastinya wajah mu seindah nama. Secantik yang digambarkan, sehingga tidak mampu untuk dilukiskan. Budi pekerti mu mulia sekali, pengorbanan mu besar sekali, kemuliaa mu tiada tandingannya. Satu ketika dulu, aku ketempat mu. Walau pun perjalanan begitu jauh dan memenatkan sekali. Semuanya tidak terasa. Hanya kegembiran dan kerinduan yang bermain dihati. Isteri ku yang ikut sama juga bergembira. Sedikit pun ia tidak berkecil hati, tidak terlintas dihatinya untuk cemburu. Isteri ku tahu, Aku dengan kekasih ku tidak boleh di pisahkan walau pun badai datang melanda, walau pun pisau tajam di letakkan dileher. Walau di seksa atau di bunuh hati ini tidak akan berubah, kasih tidak akan putus. Sampai di tempat mu nyaman sekali, cukup selesa, tidak panas dan tidak juga terlalu sejuk. Terlihat sahaja bumbung hijau hati ini meronta-ronta hendak cepat berjumpa dengan mu. Ketika itu juga mutiara-mutiara jernih yang cair keluar dari kelopak mata, jatuh ke pipi, membasahi tempat lalunya. Air mata kegembiran untuk bertemu mu kekasih. Seasa menghampiri mu terasa diri ini kerdil sekali, hina sekali, kecil sungguh sumbangan diri ini kepada Islam, terasa malu untuk bertemu. Demi cinta dan kasih, yakinkan diri untuk disisi mu. Sampai sahaja disisi makam mu Ya Rasulullah hanya ucapan Salam yang dapat ku lafaskan memuji mu, Muhammad s.a.w. Selamat sejahteralah keatas mu wahai junjungan yang mulia, Rasul yang agung pemurah lagi penyayang, moga-moga dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya. Sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahtera wahai makhluk pilihan ALLAH . Salam sejahtera wahai Habibbullah, aku bersaksi bahawa tiada ada tuhan yang di sembah melainkan Allah yang maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hambanya lagi pesuruhnya, aku bersaksi, bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menyemempurnakan tanggun jawab dan telah member nasihat kepada umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah, maka selawat dan salam ke atas mu berkekalan sehingga hari kiamat. Ya Allah ya Tuhan ku, kurniakanlah kepada baginda kemulian dan pangkat darjat yang tinggi, serta anugerahkan kepadanya tempat yang tinggi yang telah engkau janjikan, sesungguhnya engkau tidak memungkiri janji sama sekali. Rupanya Kekasih ku, juga kekasih mu, kekasih Isteriku, kekasih anak-anak, kekasih muslimin dan muslimat, kekasih umat Islam. Muhammad bin Abdullah lahir 12 rabiulawal tahun gajah, ketika manusia hidup dalam kegelapandan hilang pegangan. Lahirnya membawa sinar di seluruh alam. Merobah peradapan dunia. Kelahiran yang di tunggu-tunggu. Kehidupannya dikorbankan untuk Islam dan hampir ajalnya masih mengingati Umatnya. Marilah kita mengasihi Rasulullah melebihi dari segalanya.

Isnin, 22 Februari 2010

Adrina

Cantik sungguh Adrina, senyumnya manis dibantu dengan lesung pipit di pipi. Gigi putih tersusun rapat. Kulitnya halus dan putih. Orangnya pemalu tapi bila berbicara petah sekali. Mendengar suaranya sudah dapat membayangkan kecantikannya. Patutlah ramai sekali jejaka meminatinya. Malah ada juga para suami yang tergila-gilakannya. Potongan tubuh yang menarik bila berjalan lembut sekali. Langkahnya teratur. Membuat orang yang melihatnya terpesona malah aku juga turut tergoda. Kini Adrina telah berpunya. Itulah sedikit hayalan dari Novel-novel yang di baca. Tak tahu le pula sejak dua tiga minggu ni minat pulak baca Novel. Mungkin masa muda dulu takdan baca agaknya.
Dulu minat sunguh baca kes-kes jenayah. Buka suratkhabar itulah yang di cari dulu. Lama-lama rasa jemu dan meluat. Tak habis-habis bunuh, rogol. colek. dari bayi hingga ke warga emas. Hari hari anak bunuh bapa, bapa rogol anak, anak tikam emak, kekasih di simbah asid. Tak tahu le dunia ni. Macam-macam. Meluat kes Jenayah beralih pula  kes politik. Minat la pulak. Lama-lama benci juga, bukan kerana apa kita sokong, kita beri dia orang naik dah dok kat atas Serupa juga macan pati yang jatuh. Berebut tak habis-habis, tikam kawan, lompat katak. Janji di hujung bibir manisnya di lidah. Lebih kurang macam cerita jenayah juga. Taka ada kehalusan langsungan. Berenti magrib dah tiba,

Jumaat, 12 Februari 2010



50 tahun sudah perjalanan ini....... Rasanya baru semalam dewasa ku datang, rupanya gerbang usia tua yang tiba. Usia inilah zaman terakhir bagi kehidupan.  Zaman anak-anak tidak puas bermain di sambung kezaman remaja. Remaja baru hendak bermula hari dewasa datang pula. Cepat sungguh putaran alam.  Tak pasti bila pula mengakhiri zaman ini. sebentar nanti, esok, lusa atau bertahun-tahun lagi. Ku harap dapatlah  hidup 100 tahun lagi. HANYA KEPADA MU YA ALLAH KU BERMOHON. Masa berlalu hanya mejadi kenangan hidup.  Boleh toleh tidak dapat  diulang.
Alhamdulilah, bersukur  dilahirkan kedunia ini dalam kesempurnaa. Dalam Islam, berakal, sempurna sifat, bermaruah dan berkemampuan. Negara bebas dan merdeka. Kepada Allah ku angkat segala kepujian pemerintah seluruh alam dan melengkapi segala nikmatnya. Ya Allah cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas Junjungan Nabi Muhamad saw, keluarganya dan para sahabat, pembawa sinar seluruh alam.
 60-02-12. 15 syaaban 1379   sabar dan harapan mengandung  salama 9 bulan. Lahirlah seorang lelaki bernama  Sholehuddin. Harap-harap dengan nama itu nanti benar-benar menjadi anak yang Soleh. Betapa besar jasanya, betapa mulia pengorbanannya, betapa murni kasih sayangnya, mengasuh dan mendidik hingga dewasa.
                                                    Wahai ibu, wahai Abah
                                               Aku anak mu
                                                 Ingin memohon restu
                                                 Wahai ibu, wahai Abah
Ampunkan dosa-dosa anak mu ini
Wahai ibu, wahai Abah
Redhakan akan diri anak mu ini
Wahai Tuhan ku, kasihilah daku
Kasihilah ibu dan abahku
Wahai Tuhan Rahmatilah aku
Rahmatilah ibu dan abah ku
Selamatkanlah mereka dari azab neraka
Wahai Tuhan limpahkan hidayah mu
Untuk ibu dan abah ku
Wahai tuhan berkatilah aku
Berkatilah ibu dan abah ku
Sayangilah mereka seperti mana mereka
menyayangi ku dan mengasihi ku waktu kecil ku
Tak terbalas jasa budi mereka
Wahai Ibu, wahai abah
Terima kasih atas didikan
Ampunkan segala keterlanjuran ku
Halalkan susu mu ibu, halalkan makan minum ku Abah
Doakanlah daku semoga aku selamat dunia dan akhirat.
Buat abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak.....yang di hormati, terima kasih.  Jasa baik semuanya taidak dapat di hitung dengan harta benda kekayaan. Dipohon kasih sayang kita kekal berpanjangan hingga kesurga. Susah payah dan budi baik akan di kenang dunia akhirat. “Tidak masuk surga orang yang memutuskan kekeluargaan (Hadis riwayat Bukhari dan muslim) “Barang siapa yang senang di bentangkan kepadanya jalan rezeki serta di panjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali kekeluargaan. (Hadis Riwayat Bukhari dan muslim)
Allah Ampunkanlah saudara-saudara ku,
yang masih hidup dan yang  telah mati
rahmatilah mereka,
Selamatkanlah dan maafkanlah mereka
Baikilah tempat mereka dan muliakanlah keluarga mereka.

25 tahun telah bersama mu, Isteri.....separuh dari usia ini. Ku pohon doa semoga kasih kita berkekalan hingga ke akhir hayat. Tiada hadiah dan penghargaan yang ku berikan cuma senyuman. Tiada ucapan mesra dan gurau senda ku berikan cuma kata nasihat. Tiada tanparan ku berikan cuma sentuhan sayang. Harapan ku menjadi suami teladan. Hanya teman disisi yang menilainya. Diri ini hanya insan biasa, sikit ilmunya tinggi nafsunya. 
       
Selama ini ku mencari-cari 
Teman Yang Sejati
Buat menemani perjuangan ini
Bersukur kini pada Ilahi
Teman yang di Cari
Selama ini telah ku temui
Dengannya disisi perjuangan ini
Senang diharungi bertambah murni
Kasih ilahi
Kepda mu Allah, ku panjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepada mu teman (Isteri)
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan Pengertian
Telah ku ungkapkan segala-galanya
Dengannya disisi perjuangan ini
Senang di harungi bertambah murni
Kasih Ilahi
Kepada mu Allah ku pohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepada mu teman (isteri)
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetian
Telah ku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita
Kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci.

5 kehadiran yang di pinta dan di hajati. Anak-anak yang dikasihi dan disayangi. Kehadiran yang menjadi penyejuk di mata, penawar resah di hati.  Diharap pembawa rahmat dan sinar dalam kehidupan ini.  Berhati-hati meniti di dunia yang penuh ranjau berduri.  Pesanan dari Luqman Al Hakim:- Aku menundukan pandangan ku, Aku memelihara lidah ku, aku menjaga makanan ku, aku memelihara kemaluan ku, aku bercakap hanya yang benar belaka, aku memenuhi janji ku, aku memuliakan tetamu ku, aku mengambil berat tentang jiran ku, aku meninggalkan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena  dan tidak penting bagi ku.
Usia sebegini tiada apa yang hendak dicari lagi, hanya tinggal sisa-sisa kehidupan. Cuma menjahit mana yang koyak untuk dijadikan kain kafan. Menampal mana yang bocor supaya tidak tengelam diliang nanti. Ketika ini cuma menanti kubur memanggil.
Kubur disana menunggu............ di sini menanti.
Tuha.. ku aku tidak layak untuk.. surga mu,
tetapi aku tidak pula sanggup mengagung.. seksa neraka mu, 
dari itu keruniakan lah keampunan kepada ku, ampukan lah dosa ku
sesunggunnya  engkaulah pengampun dosa dosa besar.
Al-Fatihah
Ya Allah Ya Tuhan Kami jadikanlah dan sampaikanlah serta terimalah pahala Bacaan Fatiha kami keatas aruah Hj.jamaluddin, Nasir Ahmad, Hjh.Che Su, Aminuddin Md.Dom, Shohaili, Hj.Saidon serta jadikanlah bacaan tersebut sebagai satu perisai yang boleh mengelakkan mereka dari azab api neraka. 

Sabtu, 6 Februari 2010

Tertunggu-tunggu

Menunggu bas hingga ke malam
Ketika ini ramai diantara kita sedang menunggu. Menuggu keputusan peperiksaan, menunggu kelaharian anak, menunggu panggilan talifon dari anak, anak diasrama menunggu kedatangan ibubapa, pasangan kekasih menunggu untuk berjumpa, menunggu orang membayar hutang kalau nak di kira banyak kes kita menunggu. Nak tanya sikit Sembahyang ni kita tunggu masuk waktu ke ? atau masuk waktu kita sembahyang?. Agak-agaknya macam mana orang nazak menunggu nyawanya hendak di cabut? 
Nak cerita sedikit hal kerabat Bioado ho pasal "Menunggu" ni.
Oder makanan di sebuah gerai, tunggu le punya lama, apa benda pun tak sampai. Apalagi kerabat Biado Ho pun panggila le pekerja garai tu. Dia pun marah le cakap orang putih, Biado Ho pun tak berapa faham apa kerabat tu cakap. Tak tahu le  ada ke pekerja tu faham atau tidak, dia angguk aja. Pekerja tu pergi ke dapor cakap apa tah kat kawan dia, sambil tengok dan tunjuk arah kerabat Biado. Biado fikir "pi kali ni kami makan sup racun pulak". Tak lama kemudian makan pun sampai. Kami makanlah dengan lahapnya, sedap pulak tu.. Rasanya ada 2 perkara yang menjadikan sedap. 1. Perut dah betul-betul lapar. 2. Tukang masak tu, masak betul-betul takut kena marah cakap orang putih lagi agaknya. Kerabat Biado Ho cakap orang kita kalau nak marah kena cakap orang putih, baru dia orang faham. Kalau cakap melayu lambat sedikit dia orang nak faham. Tak tahu setakat mana benarnya. Pokoknya kalau berjanji kena tunaikan, jangan biarkan orang menunggu janji yang di buat. Biado Ho menunggu 12.2.10