Sabtu, 30 Januari 2010

Gendang di Palu............... menyambut pengantin baru.
Kali ni kita nak sembang pasal kawin, Biado ho nampak kaum kerabat Biado dah ramai yang besar panjang . Dah layak kawin tapi nampaknya sunyi sepi pasal kawin. Biado tak tahu pasal apa. Kalau yang perempuan tu mungkin nak tunggu jejaka pilihan. Tapi yang anak teruna ni takkan tak jumpa dara pingitan. Kalau kita tanya mungkin akan ada yang kata belum sampai jodoh. Sebenarnya jodoh ni macam cari rezeki jugak le. Rezeki untuk kita Allah dah sediakan, Cuma kita kena usaha. Begitu juga le jodoh kena usaha supaya jumpa. Ada juga kata tak cukup duit. Masaalah tak cukup duit ni macam nak beli kereta le. Ada sedikit wang, nak bayar duit muka sudah cukup, kereta boleh bawak keluar. Kalau cakap kat emak nak kawin InsyaAllah emak kalian mesti bantu punya. Ada pulak yang kata tak cukup Ilmu. Ilmu kawin tak ada tak pa, janji ada nafsu cukup. Ilmu lama-lama dia bertambah le. Apa nak jadi sampai sekarang tak kawin lagi
Berkahwin ni sunah Rasulullah. Rasulullah ada bersabda “Carilah rezeki dengan berkahwin” dari Ibnu Abbas.
Hai para pemuda, barang siapa di antara kamu telah sanggup berkahwin, hendaklah ia kahwin, Kerana kahwin itu lebih baik untuk menundukan pandangan dan lebih baik untuk menjaga kemaluan dan barang siapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa. Bukhari dan muslim.
Firman Allah: Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia mencipta untuk mu isteri-isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagikaum yang berfikir.
Ar Rum ayat 21.
Sukakah engkau aku beritahu apakah dia harta yang paling bernilai bagi seorang suami? Harta yang paling bernilai bagi seorang suami ialah isteri yang salihah, apabila ia memandangnya dia merasa senang dan apabila ia menyuruhnya suruhannya dipatuhi, dan apabila ia berpergian, meninggalkan rumah haknya di pelihara. Riwayat Abu Daud.
Sedikit dari Firman Allah dan hadis di atas harap-harap kaum kerabat Biado terbukalah hati-hati mereka untuk berkahwin. Semuga ramailah umat Nabi Muhamad saw di muka bumi ini.
Gambar hiasan sumbangan Cathy kris

Khamis, 21 Januari 2010

Tempat tinggi


Ariff dengan Bukit Baling.Arif menjelang 9 tahun

Keindahan alam dari Genting

Seronok bila kita berada di tempat tinggi.  Seronok bila berada di kemuncak bukit atau gunung. Udaranya segar dan nyaman, pemandangaan menjadi luas dan indah, pemikiran menjadi tenang. Gunung-gunung yang indah diukir lagi manusia, kononnya untuk diindahkan jadilah seperti Genting hailand atau Camaeron hailand Zaman berzaman tempat tinggi menjadi rebutan manusia, rumah di atas bukit menjadi idama. "Teringat kisah  Bani Israil hendak melihat Allah, Nabi Musa mohon kepada Allah. Allah arahkan Bani Israil melihat pada bukit-bukit, maka terkenalah mereka sembaran halilintar". La ni manusia berlumba lumba buat bangunan tinggi. Kita berbanggalah adanya menara Petronas yang tinggi. Tahun 1998 menjadi sebutan dunialah hinggalah pada tahun 2004 bila Taiwan membina Taipe setinggi 1,671 kaki. La Dubai pulak berjaya mendirikan Burj Khalifa. Mana nak tahu lepas ni Kedah pulak. Pokoknya semua orang mencari tempat tinggi.
Seronoknya kalau kita menjadi Pegawai tinggi, gaji tinggi, office pun di bangunan tinggi, pergi kemana pun kenderaan tinggi (Kapal terbang). Pekerja bawahan pun ramai yang memuji dan menyanjung tinggi. Tempat orang ramai duduk tempat tinggi (atas pentas). Oleh itu kena belajar tinggi-tinggi supaya masuk Universiti. Seronoknya lagi belajar di Pusat Pengajian Tinggi. Semua orang puji, duit orang bagi, tak cukup minta lagi. Cita-cita dan angan-angan mesti tinggi. Yang tak seronoknya hidong tinggi. Lagi tak seronok darah tinggi.
Pendapat Biado Ho orang yang mengajar (Ustaz di Masjid dan surau, guru di kelas. Lecturer) kena duduk tempat tinggi supaya anak murid mendongak masa belajar. Kalau belajar tunduk kebawah lena le jawabnya. Jawab jangan tak jawab. Sedikit dair Biado Ho.

Khamis, 14 Januari 2010

Nak Puji Sikit.

Baru-baru ni badan terasa le gatal-gatal dan naik bengkak-bengkak, alahan kot. Benda ni bukan baru ni, dulu pun dah kena. Lama....... hilang. La ni dia mai pulak. Biado nak habaq “Barang siapa jumpa penawarnya akan Wa berikan gelararan tertinggi Biado Ho”. Sambung cerita Ubat peninggalan anak dah makan pun hilang le 2-3 hari dia mai pulak. Semalam petang dah tak buat apa. Saja-saja Biado pi le ke kelinik Kesihatan Bakar Arang. Kelinik Bakar Arang la ni cantik , bangunan sendiri. Sampai kelinik orang tak ramai daftar nama, kemudian diorang suruh tunggu hadapan bilik rawatan, duduk tak panas dah panggil masuk buat rawatan. Pembantu Pegawai Perubatan baik, dia layan dengan berbudi bahasa. Wa puji Lu. Tuan pegawai tu beri satu jarum, recommend dua jenis ubat makan dan sapu, kalau tak lega 2-3 hari lagi mai pulak. Nasihat kat Wa lagi ubat ni mengantok. Lepas cucuk terus balik rumah. Ok....Ok. Wa pun ikut le arahannya. Sampai rumah apa lagi Tidoq....................Le. Apa yang Wa nak habaq dulu-dulu kita nak berurusan dengan Jabatan kerajaan cukup.........perit, menyampah, lambat, banyak songeh, macam macam yang tak syok di pandang tak sedap dihati. Tapi la ni tak macam dulu dia orang layan dengan baik, hormat, cakap berbahasa, cekap dan teratur. Sebelum ni Biado juga pernah ke Jabatan Pendaftaran, bawa anak buat IC, macam ni juga di orang layann cukup baik. Tahniah 3 kali wa kasi. Begitu juga masa daftar anak kesekolah cikgu-cikgu ni dia orang layan Ibubapa cukup baik, Tahniah tahniah tahniah. Biado balik dari kelinik petang tu sebelum lena dok pi’qir tentang perubahan ni. Dapat le sedikit pengajaran.
1. Orang sudah mula mengamalkan nilai-nilai Islam. Iklas, amanah, rajin.
2. Tempat kerja yang selesa, bersih, aircond, alatan yang lengkap.
3. Upah yang tinggi. Teringat Biado mula kerja gaji RM 270.00.
4. Kerja sebagai ibadah.
Bukan nak puji kerana Biado kerja kerajaan, tapi dulu terok. Tak tahu le Jabatan Polis tak tahu le, Biado tak pernah berurusan dengan mereka sebagai orang kampong. Kena tengok Misi dan Visi PDRM. Kalau tak tercapai kena habaq Tan Sri Musa Hasan.

Jumaat, 8 Januari 2010

Tawusun / Peacock

Firman Allah
Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. - Surah Lukman ayat 18.
Nasihat untuk diri dan kalian semua.
Didalam jiwa kita terdapat sifat-sifat yang tercela, dimana sifat-sifat tersebut perlu kita kikis dan hapuskan jauh-jauh. Supaya tidak bertapak dihati. Sifat ini sangat tercela di sisi Agama dan di benci orang. Sifat ini membuat kita tidak mahu menerima pandangan dan pendapat orang lain, berlakulah permusuhan dan tidak bertegur sapa. Hilanglah rasa kasih sayang dan keakraban. Pemimpin mengabaikan yang dipimpinnya. Ustaz rasa dia saja yang betul, ibubapa tidak mahu mendengar pandangan anak. Anak tidak menghormati Ibubapa. Sejarah membuktikan ramai yang menentang Allah bukanlah kerana jahil atau bodoh tetapi kerana kesombongan. Iblis mengangap diri lebih mulia dari Adam. Tercampak dan keluarlah ia dari surga. Anak nabi Nuh kerana sombong tidak mahu naik keatas bahtera Nabi Nuh, tenggelamlah dalam banjir besar. Begitulah Firaun, Karun, Abu Jahal semua kerana Sombong dan merasa diri lebih dari orang lain. Jangan seperti Burung merak, bangga dengan bulu yang cantik terbangnya tidak. Marilah kita bersama menjauhi sifat tercela ini. Renungan bersama.

Ahad, 3 Januari 2010

CINTA

Cinta membuat kita jadi baik. Mari kita bercinta. Ada orang bercinta dengan kekasih, nak jaga hati kekasih jadilah dia baik. Ada orang bercinta dengan Isteri/suami jadilah mereka berkasih sayang. Orang cinta Allah sentiasalah mereka beramal dan beramal. Pelajar kenalah Cinta pada buku dan sekolah. Baru le nak pergi sekolah semangat. Macam orang di lamun cinta, tak nampak kekasih nampak bumbong rumah pun jadilah. Persekolahan dah bermula yang kaya berkereta, simiskin berbasikal, tujuan sama untuk mendapat ilmu. Nak jadi orang pandai. Nak berguna kepada bangsa dan negara. Tapi ingat kejayaan tidak datang bergolek atau melayang. Berusha tangga kejayaan. Kami Ibubapa hanya sekadar dapat berdoa dan memberi dorongan sahaja. Lambunglah cita-cita setingginya, semoga tersembul mata melihatnya.
Semoga berjaya semuanya.