Rabu, 25 Februari 2009

Rumah Baru Kita

Pintu dan jendelanya sentiasa terbuka
Tanpa langsir beropol fabrik organza
Biar udara segar menerjah kesetiap ruang
Telus saujana pandangan mata
Singgahlah saudara jiran tetangga
Tetamu seisi keluarga
Inilah rumah baru kita..
Rumah baru kita
Lantainya setara tinggi,rendah sekata
Dari depan ke hujung dapur
Tidak lagi tersandung kaki
Berlarilah anak-anak
Bermainlah sepuasnya
Di depan padang permainan
Tidak seperti rumah lama kita
Sukarnya kaki melangkah
Pasti kita rebah
Ini rumah baru kita
Rumah baru kita
Tiada pagar membatas sempadan
Tiada pengawal penghalang tetamu
Tidaklah setara banglo
Bukanlah mahligai mewah
Beratap tiga bahan berbeza, murah belaka..
Hakikat melindungi semua
Kita pakat bersama
Kita pakat menjaganya
Kita pakat makmur sejahtera....
Datanglah bertandang..
Rumah kita untuk semua...
Rumah kita harapan baru...

suka dikunjungi dan suka mengunjungi..

Jika setiap orang mengutamakan hubungan silaturrahim, masing masing gembira untuk bertemu dan tidak meletakkan syarat untuk saling menziarahi...Apakah yang lebih muda menziarahi yang lebih tua atau sebaliknya,tidak jadi hal sama sekali..Apakah yang lebih berada menziarahi yang kurang berada atau sebaliknya,jugak tidak jadi masaalah..Lupakan soal siapa lebih patut ziarah siapa.Siapa yang Allah gerakkan hatinya untuk pergi berziarah,eloklah disambut gerak hati itu demi sebuah silaturrahim yang diniatkan kerana Allah..lebih-lebih lagi kalau yang hendak diziarah itu sanak-saudara yang sakit atau susah...

semangat..

Kepada anak dan anak sedara yang sedang berjuang di medan pendidikan, makngah tak kering lidah memberi motivasi,semangat cara makngah le.., supaya mereka semua mencapai segala yang dicitakan dalam kehidupan...kepada yang bercita-cita tinggi diberi pulak cadangan dan dorongan agar tercapai segala yang di cita.. Ada ketika terpaksa makngah berkongsi pengalaman agar anak anak dapat membanding dan membezakan bentuk perjuangan hidup dulu dan sekarang..selalu jugak makngah/pakngah mengingatkan anak anak agar merebut peluang yang muncul..jangan leka,jangan banyak berangan..jika hendak berjaya dalam hidup...jangan takut dengan risoko dan halangan kerana dalam kehidupan kita ada ujian dari Allah...yang penting kita sentiasa bersyukur dan bersabar kepada apa jugak bentuk pemberian mahupun pengurangan dengan memohon kepada Allah selain bergantung penuh dengan solat...

Isnin, 23 Februari 2009

Baru belajar...Tolong Tunjukkan....

Menyahut seruan En.Adreen..Kedah maju 2010 tapi la bukan lagi Kedah maju tapi Kedah Sejahtera maka mak uda pun terus berblog walaupun dah lama mak uda ada blog...cuma tak tertulis dan tak tau nak tulis apa...kerana tak mahu ketinggalan nak berblog mak uda pun berblog la...wakil mamak Oleh....