Ahad, 6 April 2014

RAUDHAH

Kesempatan berada di Masjid Nabawi, Raudhah adalah tempat pilihan yang utama. Ruangnya kecil dan sentiasa penuh sesak.
" Ruang antara rumahKu dan mimbar adalah salah satu taman dari taman taman surga dan mimbarku terletak diatas kolamku." Bukhri Muslim 

Ini kali kedua aku dapat memijak bumi Madinah, pengalaman yang lalu telah membantu aku dan Ariff Husaini untuk masuk kekawasan Raudhah.. Seperit kebiasaan ruang raudhah sentiasa sesak dengan orang ramai. Berebut rebut untuk beribadah didalamnya. Memasukinya perlu bersabar dan beradab. Adab adab masjid perlu dijaga, adab sesama manusia dan yang lebih penting makam Rasulullah saw ada disitu. 
Pesan ku pada Ariff minta izin kepada orang yang duduk dan berdiri disempadan Raudhah untuk melintasi dan melangkah mereka, apabila dapat sahaja memijak Raudhah (karpet hijau) terus berdoa arah kiblat (jangan berdiri dihadapan orang solat). Pohonlah sebanyak banyaknya dan salah satu doa yang dipohon dipermudahkan dan dilapangkan  Raudhah untuk diri beribadah. InsyAllah akan dapat beribadah diruang Raudhah.
Tambah kapsyen

I

Rabu, 2 April 2014

UNTA

Surah 88 Ayat 17 Al Ghashiyah
Maka tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?
 18 jamadilawwal  1435 ke Miqat Hudaibiah untuk menunaikan umrah kedua, jauh lebih kurang 29 km dari Mekah. Sebelum berIhram umrah. Singgah dahulu di ladang Unta bergambara dan merasa keenakan susu unta. Lima rial untuk satu botol 400ml. 


 Anak unta terpaksa beralah, kerana susu ibunya untuk dijamu kepada tetamu


 Ariff Husaini mula menunjukkan keberaniannya