Naka bercerita tentang Keletihan yang Mengembirakan. Walau pun penat menguruskan, penat melayan, penat dengan kerenah tetapi ia amat mengembirakan. Dikejutkan ditengah malam, diawal pagi tetapi mengembirakan. Itulah dia Ahmad Aabid Mursyid.
Cukup lasak, cergas sungguh, celik mata ada sahaja yang hendak dilakukannya. Memanjat, menyelongkar, sehingga mendapat gelaran dari tok Teloi "Ketama Angin". Didalam hati sabar sahaja ada hikmahnya. Mohon kepada Ilahi semoga Ahmad Aabid Mursyid Sihat sejahtera.
Dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka - Al Isra'
"maka terangkanlah kepadaKu tentang yang kamu tanam? kamukah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkannya? kalau kami kehendaki, benar benar Kami jadikan dia kering dan hanchur; maka jadilah kamu heran tercengang (sambil berkata). Sesungguhnya kami benar benar menderita kerugian" bahkan kami menjadi orang tidak mendapatkan hasil apa apa.Maka terangkanlah kepada Ku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah kami yang menurunkan? Kalau kami kehendaki nascaya Kami jadikan ais, maka mengapa kamu tidak bersyukur?