Rabu, 19 Ogos 2015

Selipar Mekah

Panggilan haji telah tiba lagi, setelah 7 tahun berlalu aku bersama isteri menunaikannya. Pada tahun 2008. Masih terbayang dan terekenang kenang keseronokannya. Semoga Allah menerima haji kami dan menjadi haji yang mabrur. Bermohon supaya dapat lagi kesana sebagai tetamu Mu Ya Allah. Terkenang semasa hendak berlepas ke Mekah Al Mukarramah dari Madinah Munawwarah, didalam hati berkata kalau seliper ini hilang bolehlah diganti baru. Seliper yang dibawa dari Malaysia baru dipakai, tapak kaki. terasa sakit sakit bila  memijaknya kerana ada bijik bijik dipermukaan selipar, tujuan untuk mengurut telapak kaki. tetapi rasa dihati tidak susuai untuk perjalanan yang jauh.
Apabila sampai di Mekah kami dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan tawaf umrah, mengikut jemaah yang lain masing masing meletakkan kasut dirak-rak kasut yang di fikirkan sesuai dan selamat. Aku meletakkan selipar biru dirak kasut bahagian atas yang di fikirkan selamat. Bisalah menjadi salah satu cerita yang mashor dari Mekah cerita tentang kehilangan kasut. Masuklah ke Masjidil haram dan memulakan Tawaf di penjuru  Hajar Aswad dengan berniat tawaf umrah. Selesai tawaf tujuh pusingan, kami dibawan menunaikan Sa'i di bukit Safa  dan Marwah sebanyak  7 kali. Tamatlah ibadah umrah yang diakhiri dengan bertahallul bergunting. Alhamdulillah umrah pertama kami dapat ditunaikan dengan mudah dan selesa, kerana jemaah haji masih belum ramai.  Kelebihan pernerbangan awal KT 11, Kembali ke tempat selipar benarlah apa yang ku hajat semasa mula memakainya di Madinah, selipsr biru telah tiada, yang ku hajat telah berlaku dengan redonya, berkatalah suami isteri akan mencri selipar baru, dikedai kedai sepanjang perjalanan balik ke hotel nanti. Berkaki ayam di dataran masjidil haram perkara biasa bagi jemaah haji. Sampai sahaja dipenghujung dataran msjid haram berlarilah seorang kanak menuju kearah kami sambil menunjukkan salipar, fahamlah ini selipar untuk dijual. Kam thamanuh? Sittah rial, murah sahaja 6 rial. selipar baru dibeli penganti selipar yang hilang, Aku mengambil wang dari dompet duit dan menghulurkannya kepada kanak kanak penjual selipar. Alhamdulillah, tidaklah susah payah mencari kedai selipar dan tidaklah sakit kaki memijak batu batu di jalan.

Samapai sahaja diperkarang hotel, telefon ku berbunyi, siapakah yang memanggil, nombornya hanya diketahu isteri ku sahaja. Ku tekan dan bercakap, suara lelaki berbahasa inggeris bercampur arab, apa yang ku faham You Wallet. Aku terus memeriksa dompet duit ku tiada didalam bag yang disandang, fahamlah aku dompet ku telah tercicir dan dijumpai oleh Insan yang mulia hatinya. Yes I'm. berjanjilah Insan akan menunggu di gate nomber one. Berpatahlah aku ke masjid haram untuk mendapatkan wallet yang tercicir. Orang muda pertama kali sampai ke tanah suci mekah berjalan 850meter tidaklah menjadi masaalah, cuma berfikir dimanakah pintu nomber one yang diberitahu. berpusinglah mengelilingi masjid haram, seorang diri tanpa bekalan pengatahuan, untuk mendapatkan semula wang perbelanjaan di Mekah yang tercicir. Alhamdulilah bertemu dengn seorang Arab Mesir berpakaian kerja binaan, bertopi kuning keselamatan, menyerahkan dompet duit berserta isinya.  Ku cuba memberi sedikit saguhati untuknya, ditolak dengan baik. Ku beri RM dengan berkata soveniars RM Malaysia, di terimanya dengan ucapan thank. Semoga Allah membalas budibaiknya.
Teringatlah aku semasa hendak membeli simcard di Madinah, tempoh hari. Aku menyuruh penjualnya menuliskan nombor telefon simcard tersebut dan aku menyimpannya didalam dompet duit. Satu pengajaran yang baik, kita perlu menulis nombor telefon menyimpannya atau meletakkannya pada bag dan barang barang kita, supaya mudah dihubungi jika tercicir atau dijumpai orang. Pengalaman dan pengajaran pada diri.  
Pusat penyebelihan di Mina
Wukuf di Arafah
Bersiar diatas bukit diMina