Hati manusia adalah harta yang paling berharga. Di situlah letakkannya perasaan, keimanan, kebahagiaan dan kehidupan. Manusia yang hatinya yang 'hidup', merupakan orang yang paling kaya dan bahagia.
Itulah hati.
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
[رواه البخاري ومسلم]
"Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa dia adalah hati“.
[HR Bukhari dan Muslim]
"Allah tidak memandang pada rupa-rupa dan harta-harta kalian, tetapi Dia memandang pada hati-hati dan amal-amalan kamu."
[HR. Muslim]