Selasa, 19 Jun 2018

Penipu


Menikmati keenakan jagung rebus di sampu sedikit dengan pelanta. Ketika itu fikiran pun melayang. Teringatlah  peristiwa semasa kerja tadi. Cakap-cakap pandang  kali ni. Apa yang berlaku pada pandangan di pam minyak Petronas Bertam Perdana Kepala Batas. -tiba……….. berhenti sebuah kereta  di sebalah . Turun seorang perempuan manis, berbaju kurung dan bertudung, cantik dan sopan sekali,  umur lengkongan 20an. Senyumannya bias menjatuhkan serban dikepala. Gadis melayu dalam TV 9 pun boleh kalah.  Berjalan terus ke tandas. Didalam kereta seorang anak muda seakan sebaya dengan gadis manis. Cakap-cakap dengan sehabat  bertuah le dia dapat awek cun. Tak lama kemudaian keluar seorang perempuan dari tandas berpakaian jens dan t-shirt ketat tidak bertudung, rambut lurus terurai lagi menarik terus masuk kedalam kereta. Sahabat pun bercakap Perempuan tadi.
 Masyallah apapasal jadi begini.
Perempuan tu tipu siapa?
Kita tertipu rupanya, ingatkan muslimah rupanya ………(Xbaikkata orang)
Tipu Ibubapanya?. Kesian Ibubapanya ingatkan anaknya anak Soleha rupa-rupanya  di Petronas si anak menukar wajah. Bila mami jarum membawa perkhabaran, Si Ibu akan berkata dak eh anak chek baguH. Dailog biasa kita dengar.
Tipu kolej, tipu cikgu tipu kawan-kawan? Malanglah si gadis kerana mencari sedikit keseronokan sanggup mengetepikan Agama agaknya di mana harga diri.

Cakap-cakap, agaknya le kalau  sigadis ni  kawin dengan boyfriendnya 

Wasiat Al-Quran


23. Dan Tuhan Mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah salain Dia dan hendaklah kamu bebuat baik pada ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pilaharanmu maka sekali-sekali janganlah kamau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah”  dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah “Wahai Tuhan Ku Kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
25. Tuhanmu lebih mengatahui apa yang ada dalam hatimu; Jika kamu orang-orang yang baik. Maka sesungguhnya Dia maha pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
                                                                                                                                       Al Isra’a

Kerelaan Allah adalah kerelaan kedua orang tua, dan kemurkaan Allah juga didalam kemurkaan kedua orang tua.
                                                                                                                                     At. Tirmizi

Ibu.......dimanakan ku cari ganti.
Kau selamatkan aku dari ribuan nyamuk,
semasa kecil ku.
kau suap makanan ke mulut ku tanpa di pinta,
semasa kecil ku.
ku biarkan nyamuk kenyang,
ketika tua mu
kau jalani kehidupan tua mu
ketika tidak upaya
adakala aku tersandung batu
terasa sakitnya
adakala tergigit lidah
terasa sakitnya
jumpa doktor hilang sakitnya
tergores hati mu
keampunan ku pohonkan.