Ahad, 6 April 2014

RAUDHAH

Kesempatan berada di Masjid Nabawi, Raudhah adalah tempat pilihan yang utama. Ruangnya kecil dan sentiasa penuh sesak.
" Ruang antara rumahKu dan mimbar adalah salah satu taman dari taman taman surga dan mimbarku terletak diatas kolamku." Bukhri Muslim 

Ini kali kedua aku dapat memijak bumi Madinah, pengalaman yang lalu telah membantu aku dan Ariff Husaini untuk masuk kekawasan Raudhah.. Seperit kebiasaan ruang raudhah sentiasa sesak dengan orang ramai. Berebut rebut untuk beribadah didalamnya. Memasukinya perlu bersabar dan beradab. Adab adab masjid perlu dijaga, adab sesama manusia dan yang lebih penting makam Rasulullah saw ada disitu. 
Pesan ku pada Ariff minta izin kepada orang yang duduk dan berdiri disempadan Raudhah untuk melintasi dan melangkah mereka, apabila dapat sahaja memijak Raudhah (karpet hijau) terus berdoa arah kiblat (jangan berdiri dihadapan orang solat). Pohonlah sebanyak banyaknya dan salah satu doa yang dipohon dipermudahkan dan dilapangkan  Raudhah untuk diri beribadah. InsyAllah akan dapat beribadah diruang Raudhah.
Tambah kapsyen

I

Rabu, 2 April 2014

UNTA

Surah 88 Ayat 17 Al Ghashiyah
Maka tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?
 18 jamadilawwal  1435 ke Miqat Hudaibiah untuk menunaikan umrah kedua, jauh lebih kurang 29 km dari Mekah. Sebelum berIhram umrah. Singgah dahulu di ladang Unta bergambara dan merasa keenakan susu unta. Lima rial untuk satu botol 400ml. 


 Anak unta terpaksa beralah, kerana susu ibunya untuk dijamu kepada tetamu


 Ariff Husaini mula menunjukkan keberaniannya


Selasa, 4 Februari 2014

Kahwin

Suasana gembira perkahwinan Nuraishah N Mohd Zaid Harithah 
 Perjalanan meraikan Sarapan pagi RNR bukit Merah 
 Pastinya Ahmad Aabid menjadi perhatian
 Sampai dirumah Dato Mazlan Datin Jamayiah
 Dipagi hari jumaat setibanya dirumah kenduri
Bunga umtuk hiasan
 persiapan cenderahati
 Lembu ditumbangkan
 Cikgu Hasan kawan lama ketua memasak
 Tradisi gotong royong diamalkan
 Anik pisau pasti tajam
 Hj Wahid Hj Azmzn N Danial
 Salim
 kesungguhan dan kesabaran diperlukan
 Cikgu Manan yang ptut dipuji
 Ya Hanan nan

 Ayob
 Malik
 Jamuan disebelah malam
 Aabid jadi usikan

 Persiapan menjelang akad Nikah
 Cinta tidak pernah celik menilai manusia.
 Sesiapa pun boleh jatuh cinta. Sesiapa pun layak jatuh cinta
 Upcara akad nikah
 Merisik sudah, bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunah diwarisi,
termeteri sudah janji bermadah, majlis pernikahan semoga di berkati


 Hj Khusairi memberi ucapan
 Yang pandai menilai hanyalah hati

 Restu kedua Ibubapa
 Andai kau ku miliki, akan ku jadikan kau bulan, akan ku nanti setiap hari, akan ku rindu setiap waktu

 Jalinan kasih bersemai di hati, 
Ikatan suci menjadi bukti, 
harapan kami menggunung tinggi, 
supaya kasih kekal abadi
 Andong yang sentiasa perihatin, kadang kala kita tersalah angap keperihatiannya

 Maaf kata menyusun bahasa 
Menurut adat, berteraskan Agama
Dengan penuh kesyukuran ke Hadrat Ilahi.
 kami ucapkan kepada semua



Doa Untuk pengantin
Ya Allah Ya Rahim
Dari setinggi dan seluas kasih sayang Mu, 
kepada pengantin suami Isteri
Berkatilah kedua duanya.
Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan Mu,
Mudah mudahan perkongsian hidup yang di bina berkekalan hingga ke akhir usia
Dengan taufik dan hidayah Mu
Beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih lebih lagi di akhirat.
Amin Ya Rabbil Alamin.....