Selasa, 15 Mac 2016

Dah lama tak makan ikan sungai. Alhamdulillah ada juga kawan kawan yang tolong peringkatkan. Walau pun rasa demam. cuaca panas yang mencucuk. Solat jumaat hampir  masuk, demi jemputan makan ditunaikan juga..

 Boy yang bukan kepanasan kena ikan sungai, cuma runsing tiga jarinya telah menjadi merah dini gara gara kakaknya pekena kaha.
nak kata macam mana mulut orang demam semua di makan tawar rasanya. nama pun ikan air tawar. terima kasih sahabat Bukit Lalang. 

Khamis, 3 Mac 2016

3 yang akan pergi

Jika ada waktu gunakanlah dengan hikmah, waktu lapang tidak akan kembali ia pergi dan terus pergi tanpa menoleh kebelakang. Begitu jugalah kata kata jangan keluar ikut sedap mulut sahaja bila keluar amat sukarlah untuk menariknya kembali. Kesempatan yang sedikit ini saya ambil untuk menasihati diri sendiri sebelum kesempatan sudah tiada.


Rabu, 2 Mac 2016

TOUCHING LA PULAK

Bila dihantar orang kepada ku, seronok la pulak membacanya, teringinlah pulak berkongsi kongsi. Terasalah dihati dan perasaan. Biarlah ku kongsi untuk ingatan.


 
                                                                
Kadang  kadang adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tetapi sebab mereka meletakkan persaudraan melebihi duit...........
Kadang kadang adik beradik yang rajin berkerja, bukan kerana mereka menunjukkan pandai tetapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab. 
kadang kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas bergaduh, bukan kerana mereka salah tetapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
kadang kadang yang sukarela membantu kita bukan kerana mereka berhutang apa apa tetapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang adik beradik.
kadang kadang adik beradik yang selalu sms dan whatsapp kita, bukan kerena mereka tak ada benda lain yang nak di buat tetapi sebab mereka ingat pada kita.    
Satu hari kita semua akan terpisah kita akan terkenang perbagai perbualan dan impian yang kita ada.
 hari berganti hari, bulan berganti tahun, hingga hubungai ini menjadi asing.
satu hari anak anak akan jumpa gambar kita dan bertanya siapakah mereka semua tu?
"dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu lalu brkata.
Dengan merekalah saya ada hari hari yang paling indah dalama hidup ini.