Selasa, 24 Mac 2009

kematian..

Tiada yang lebih menyeronok daripada mempunyai adik beradik yang saling kasih mengasihi, hormat menghormati..Kami mempunyai 7 beradik.Abang adalah anak sulung ganti. Awal Disember 2007 abang menalipon aku supaya mencari minyak masak untuknya kerana di Kelantan kekurangan bahan masak tersebut ketika itu..

'Aku akan ke SP untuk berkursus' katanya.Tanpa berlengah aku terus mencari minyak masak di merata pasaraya..kerana memang tabiat aku walaumacamana sibuk aku tetap cuba berusaha menunaikan hajat saudara mara...inilah pesanan azimat dari suami aku,katanya ketepikan hal kita dahulu..

Aku masih teringat.. balik saja aku dari bekerja abang menalipon lagi katanya, dia telah sampai di hotel tempat mereka berkursus..dan diminta aku pergi menghantar minyak..katanya dia tak sempat lagi datang ke rumah aku.. aku terus bergegas besama anak anak pergi ke hotel tersebut..sampai di sana aku membawanya keluar minum di restoran mesra jaya.Pada pertemuan itu aku perasan mata abang merenung jauh melihat keindahan SP juga sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal khusus buat aku dan SP buat selama-lamanya..sambil itu dia tidak putus putus bercerita..dalam hati, aku berasa hairan dimana sebelum ini abang seorang yang agak pendiam tidak banyak bercakap dengan adik adiknya. Pada malam 5 Disember 2007 aku dikejutkan dengan panggilan talipon mengatakan abang telah pergi buat selama lamanya...kemalangan jalanraya pulang dari berkursus.

Hakikatnya pemergian abang yang begitu muda adalah contoh terdekat bagaimana manusia sentiasa menghampiri kematian, tiada insan yang boleh terlampau yakin dengan tempoh kehidupan mereka. Kematian mereka yang hampir dengan kita sepatutnya menyedarkan diri pada ingatan kepada Allah.Dia yang mencipta manusia Dia jugak yang berhak memanggil kita pulang pada bila-bila masa yang Dia kehendaki..Pemergian abang adalah antara mereka yang hampir dengan aku sudah berada di alam kubur..Pemergian abang jugak adalah tanda-tanda kebesaran Allah yang dianugerahkan kepada kami yang tinggal.Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan mengerjakan kebaikan.

1 ulasan: