Sabtu, 30 April 2011

Sumpah Nasi Lemak

 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pengusaha kantin hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Cikgu pun memantau le supaya anak muridnya jangan makan nasi lemak.
Cikgu arini siapa makan nasi lemak, semua anak murid angkat tangan,
Cikgu esok jangan makan lagi.
hari berikutnya cikgu bertanya lagi
Cikgu bertanya hari ni siapa makan nasi lemak separuh dari murid kelas angkat tangan.
kamu apapasal makan nasi lemak, bertanya pada seorang murid, emak saya berniaga nasi lemak cikgu. Kamu pula, saya makan nasi lemak dirumah cikgu bukan di sekolah. yang lain apapasal makan nasi lemak hari ni. memang makanan kami cikgu.
Yang tak makan nasi lemak hari ni makan apa? Pulut durian cikgu.
Cikgu pun berkata Menteri menteri
Datuk tu pun bersumpah laknat le.bisik hatinya puas hati aku. kamu tak percaya sangat. Yang peliknya awat beria-ia sangat nak bagi orang percaya ni. Marah sangat kata Hamba Allah yang seorang tu pasal apa. Dah hebohkan Vedio tu cukup le. terpulang le kat orang nak percaya ke tidak. Yang kalut nak sumpah-sumpah pasal apa. Ada tujuan lain kot. ooooooo  tujuan nak memperbagaikan aktviti masjid. Bagus juga ramai yang datang, tak le sunyi mesjid lagi. Berkuburlah suruhanjaya sumpah yang ada sekarang.
Dulu aku dah pesan berkawan ni berpadan, Jangan macam isi dan kuku. Contoh dah banyak masa baik semua elok. bila dah bergaduh dalam kain pon di selak.
Dulu pun aku dah pesan kalau nak buat jahat (jangan buat jahat) buat sorang-sorang. Pertama tak siapa tahu, kedua dosa tu kita tanggong sendiri, ketiga kalau terlingjop tak babitkan orang lain.
Baru-baru ni p Putera Jaya singgah sat kenduri kawin si Lan.
Punya ramai tetamu makan pun menyorok di dapor
Sepupu yang jarang-jarang berjumpa
sampai di Kuala Lumpor ziarah anak kecil yang sakit SEMOGA CEPAT SEMBOH..
Putera jaya tak semacam aku pergi 20 tahun dulu. La ni nak habak cantik dan menarik
Bermalam diPutera jaya Terima kasih kepada keluarga Kak Yah dan Din
Tau=tau terlepas ke PD

Rabu, 13 April 2011

Siapa paling terok


Dah menjadi kebiasaan, selepas solat Magrib kalau tiada pengajian kaki lima masjidlah tempat jemaah lepak menanti Isyak. Tajuk dari luar negara, politik tanahair dan hal-hal semasa. Bola dan hiburan kurang kedengaran pasal sembang orang tua-tau. 

Cakap seorang tua. "tak ada adab sungguh budak-budak tu berlari dalam masjid". ( sambil membalut daun rokok biasalah orang Malaysia kalau sembang saja tak gulung rokok daun mana ada umph)                                                                                            

Ditambah seorang lagi. "makpak tak larang langsung".

Dijawablah. "budak-budak akai tak cukup lagi mana  tau adab-abab masjid"

Orang keempat menyampok.  "betul tu, budak-budak kecik mana tau adab lagi. Kita orang tua ni lagi terok tau adab tapi tak ikut. Sini mana boleh hisap rokok, tapi asap dok berkepoi kelangit. Malikat nak mai tengok kita kat masjid pon tak jadi, dia ingat masjid terbakar"

 Siapa paling teruk? Orang jahil tak beradab atau orang berilmu tapi tidak beradab

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir,maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Muttafaq alaih)

Ahad, 10 April 2011

TUKANG KIPAS


Kalini kita nak makan sedap. Ikan bakar dan satay. Malangnya yang nak makan tu ramai, tukang kipasnya  tak ada. Yang ini pulak tukang kipasnya ramai, benda kecik jadi marak. 

 Isu  kematian Allahyarham Sharbani Penolong Pengarah Kastam Selangor. Ini satu kematian, kita tidak tahu sebab-sebab kematiannya bunuh diri, terjatuh atau dijatuhkan. POLIS pun belum selesai menjalankan siasatan. Tukang kipasa dah memarakkan. Apa perasaan keluarga simati  dikatakan Allahyarham bunuh diri, nauzubillah min zalik. Adalah hendaknya sedikit perasaan dijiwa kita ini. Jangan tidak berhati perut. Buat tuduhan melulu. Ada juga tukang kipas yang menuduh SPRM pembunu, Jangan begitu mereka menjalankan tugas, kesilapan dan kelemahan dalam menjalankan tugas tu ada. Kita amanahkan kes ini pada  polis dan serahkan kepada Allah Maha AL-Wakil  (yang mengurus dan menyelesaikan segala urusan hambanya)  Kesihan   Saiful Syazani Saiful Sopfidee dibelasah guru sampai mati, khabar beritanya begitulah, yang tak sedap ceritnya berlaku diSekolah Agama Arau Perlis. Awat hang buat lagu tu, hang ikut sangat hati muda, itulah padahnya. DiPerlis lagi.  Punya kurang ajar budak tu, dia boleh tumbok cikgu sampai patah hidung. Hei budak nasib baik kau pukul cikgu perempuan. Kalau cikgu lelaki Na’as kau. Inilah dikatakan dunia dah nak tebalik  La’ni mari kita kipas isu besar. Dulu pihak tu nak guna perkataan Allah, kita pun marah, ramailah tolong kipas mynyala le sat, lepas tu padam. La’ni keluar pula bible bahasa Melayu. Nak suruh orang melayu baca kot. Takkan puak tu tak tahu orang Melayu ni bukanlah suka sangata membaca. Al Quran pun tak hatam-hatam lagi. Apa-apa pun sebelum kita baca bible tu belajar dan mantopkan dulu akidah. Dah hafal Asma Al-Husna. Isu ni besar dan tukang kipasnya pun ramai. Datuk T dengan vedio. Seronok le tiga orang mangkok tu. Taka kira le betul ke? Fitnah ke? Tapi nak tolong habaQ, Jangan dok jaja Aib orang. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Yang peliknya pulak. Bapak Polis kata Vedio tu Tulin. Tak tau le pulak apa yang dimaksudkan dengan tulin tu. Pelakun tulin ke? atau Vedio tu original?. Kita pun tertunggu-tunggu le nak tengok tauke vedio dituduh dimahkamah kerana menayang Vedio tanpal LPF.  Yang tak sedapnya lagi Pak menteri ni. Kali ni nak sebut nama Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz pulak kata Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,”. Itu pasal orang kata engkau bengap dan bodoh. Apa-apa pun ko dah jadi Menteri. Engkau tapikan dulu perasaan marah dan benci kat Anuar, kemudian baru cakap.  Nak toling habak kat hang Isterilah yang paling dekat dengan suami. Tambah pulak dah kawin berpuluh tahu,  tidor sebanta,  takkan tak tahu laki dia dia kot. Hang cakap Politik ke? atau cakap nak pekena. Tang ni PM dan TPM pandai tak cakap apa-apa pun. Tapi ada peribahasa  kata “Baling batu sembunyi tangan” diharap tidak begitu. Kerana kipas dah patah ikan dan satay pun tak jadi bakar.

 

Jumaat, 1 April 2011

Dia pun bercakap saya hilang ketawa kerana RM 500 sebulan. rungut  pembantu rumah yang sentiasa dimarahi majikannya,
Dijawab si pendengar bersukurlah kamu kerana cuma dimarahi, bukan dipukul,
Dijawabnya dipukul sakitnya dijasad, dimarahi sakitnya dihati.
Ditanya habis kamu mahu buat apa?
Dijawabnya saya nahu berhent.
Cakap sedih lagi
Kesian dia kerana menerima rasuah RM100 dia ditahan SPRM. Malu kat semua orang. bukan setakat hilang ketawa sebulan, merana sepanjang hayat, Insyaalah pintu taubat masih terbuka.
Yang lagi sedihnya
Mat rempit tak sedar diri,
hilang sebelah mata,
putus sebelah kaki,
umur muda lagi,
menyesal tak ada erti,
dari hidup baik mati,
Yang lagi satu ni
pagi-pagi curi besi
tiang pagar dia geraji,
kena balun patah gigi
masuk hospitasl tinggal gusi.
Semoga kita jangan jadi begini.