Rabu, 13 April 2011

Siapa paling terok


Dah menjadi kebiasaan, selepas solat Magrib kalau tiada pengajian kaki lima masjidlah tempat jemaah lepak menanti Isyak. Tajuk dari luar negara, politik tanahair dan hal-hal semasa. Bola dan hiburan kurang kedengaran pasal sembang orang tua-tau. 

Cakap seorang tua. "tak ada adab sungguh budak-budak tu berlari dalam masjid". ( sambil membalut daun rokok biasalah orang Malaysia kalau sembang saja tak gulung rokok daun mana ada umph)                                                                                            

Ditambah seorang lagi. "makpak tak larang langsung".

Dijawablah. "budak-budak akai tak cukup lagi mana  tau adab-abab masjid"

Orang keempat menyampok.  "betul tu, budak-budak kecik mana tau adab lagi. Kita orang tua ni lagi terok tau adab tapi tak ikut. Sini mana boleh hisap rokok, tapi asap dok berkepoi kelangit. Malikat nak mai tengok kita kat masjid pon tak jadi, dia ingat masjid terbakar"

 Siapa paling teruk? Orang jahil tak beradab atau orang berilmu tapi tidak beradab

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir,maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Muttafaq alaih)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan