Jumaat, 24 Jun 2011

Aku terima Nikahnya

                                                       Sireh bermadah pinang berbelaj,
                                                             Adat kelmarin dibenih rapi,
                                                       Merisik sudah bertunang pun sudah
                                                              Majlis kahwinnya kini dirai.
Diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah menjadikan bagimu daripada jenismu, pasangan-pasangan mu agar kamu mendapat ketenangan dengannya dan Dia menjadikan diantara kamu bersama kasih mesra dan raqhmat  (Ar Rum 21)

























 Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan soleha serta berikanlah kejayaan kepada mereka di dunia dan di akhirat, sempurnakanlah kebahagian pasangan ini dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada Mu dan bukti pengikat cinta mereka kepada sunnah keluarga Rasul Mu. Sesungguhnya kaulah maha pemurah lagi Maha penyayang.

Ahad, 19 Jun 2011

Selamat datang Ke LID

Selamat hari Bapa buat semua bapa. Juga tidak ketinggalan buat  Barack Obama.  Barack Obama president Amerika, negara kuasa besar, bila naik kereta  bolehlah dia duduk mana sahaja dia suka. Tetapi pemandunya akan duduk ditempat pemandu disebelah kiri hadapan, dan akam memandu kenderaannya di sebelah kanan jalan jika di Amerika. Bila  Barack Obama datang  Malaysia,  naik kereta pemandunya akan duduk di sebelah kanan depan, sistem kenderaan Malaysia. Obama bolehlah duduk dibahagian mana dia suka. Prmandunya pula akam memandu   disebelah kiri jalan. Ini peraturan jalan di Malaysia. Barak Obama dan pemandunya tidak boleh sesuka hati, hendak memandu dibahagian mana jalan takut accident.  Kalau accident Obama dan orang lain juga susah. Dia kena patuh undang-undang Malaysia. Kita diturunkan di Muka bumi ini dan tuan punya alam telah buat undang-undangnya. Kita kena patuh undang-undang tersebut, untuk menjaga keselamatan dunia. Obama patuh undang-undang Malayasia dia selamat. Kita turuti undang Allah kita selamat.


Jumaat, 17 Jun 2011

LU Lupa, Wa kasi Ingat


Maka orang ramai pun masing-masing dengan pendapat dan ulasannya. Polis pun dihentam seolah-olah tiada gunanya ujud di Malaysia ini. Lupalah mereka  keamanan yang dikecapi. Seolah-olah keselamatan dan keamanan ini terjadi dengan sendirinya.  Anak muda umor 26 tahu  mendakwa  digari dan ditahan tiga hari di lokap kerana kesalahan trafik. Akhbar dan pembawa berita pun mengeluarkan cerita  “Hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu’. Semua telah tahu kesalahan trafik hanya  tindakan saman sahaja, bukan di tangkap. Tetapi pembawa berita tidak menonjolkan mengapa pemuda ini ditangkap.  “LU APA KUASA MAHU AMBIL GUA PUNYA LESEN DAN IC?.
Mari kita tengok apa undang-undang  kata 
1.     “Mana-mana orang yang melakukan atau di tuduh melakukan kesalahan yang tidak lazin ditangkap (kesalahan saman ). Ia enggan member nama dan tempat tinggalnya  Polis boleh menangkapnya tanpa waran.
2.     “Mana-mana orang yang menghalang pegawai polis daripada  menjalankan tugasnya atau  lari, cuba lari daripada tahanan yang sah. Polis boleh menangkap tanpa waran.
Walaubagaimana pun kita tidak tahu kesahihan cerita sebenarnya, hanya Sarjan dan Hiew Kok Ming yang tahu. Kita serahkan kebijaksanaan  pucuk pimpinan PDRM menyelesaikannya. Itulah dia Polis yang sering digambarkan secara negatif melalui laporan-laporan buruk yang memenuhi lembaran akhbar. Yang berbuat salah sering mendapat publisiti dan ditonjolkan sedangkan ramai berkerja dengan baik jarang sekali diberi pengiktirafan.
Kemarahan datang  lagi bila Timbalan Ketua Polis Negara, mengumumkan  polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang. 
 

 Apabila angin bertiup kencang, carilah tempat berlindung,

Isnin, 13 Jun 2011

Bandingkan

Sesakali mari kita mendongak kelangit, apa yang kita nampak langit yang terbentang. Kalaulah jatuh ke bumi baru padan muka. 
Sesakali mari kita tengok apa orang atas kata. Kaloo harga minyak naik, harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka pun membandingkan harga minyak Malaysia dengan hargi minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam. Cuma patik nak tanya, negara tu  ada minyak ke?.
Kaloo  Gula naik kata  mereka walaupun harga gula di Malaysia dinaikkan tetapi ia masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia Tenggara.
Ada ke pulak orang pandai ni dia umpamakan layanan isteri yang baik terhadap suami disamakannya sebagai layanan pelacur kelas pertama. Kadang kala Dr. ni silap juga. Hamba nak peringat kat Dr tu Isteri Jawatan Mulia, Pelacur pekerjaan hodoh.

 Kaloo leterik naik  katanya, kena bayq le, kerana dah guna.

Rabu, 8 Jun 2011

Perut boncit kepala botak

Semalam kayuh sat, dah patah balik peluh jantan tak meleleh lagi, bangak sangat urusan. Petang ni nak turun dengan  Datuk Cong ada tetamu pulak. Esok pagi cadang nak berkayuh, malam ni hujan pulak, harap-harap hujan tidak sampai ke pagi. Tengok badan MemBOSanKan naik cepat sungguh, nak turun punya punyalah susah. Tapi tak mengapa demi tak mahu duduk bercinta dengan Nurse diwat sanggup kayuh keliling satu dunia.. Apa tak percaya dunia ni bukan beso sangat. P tengok anak kat Amerika pon orang tau, P merisik anak kat luar pun orang tau, jangan dok sembunyi le, patut le Eleterik naik harga, Ko guna duit negera, kami nak guna kertas sehelai pon ustaz dah tegoQ Haram. Harta orang ramai. Mudah-mudahan Ko tak guna duit kami. Buat pengatahuan kome dulu dia pemain ragbi, pasal tak retim main dia beralih kepada bola sepak, bola sepak pon tak reti main orang bagi dia jadi, tukang bancuh air kat tepi padang, untung le jugak boleh masuk Stadium Sultan Ismail Kuala Terenggan free.