Jumaat, 9 November 2012

Amerika Syarikat


Savdy berlalu buat barack Obama manang
95. Kemudian Kami ganti kesusahan itu dengan kesenangan hingga keturunan dan harta mereka bertambah banyak, dan mereka berkata: “Sesungguhnya nenek moyang kamipun telah merasai penderitaan dan kesenangan”, maka Kami timpakan siksaan atas mereka dengan sekonyong-konyong sedang mereka tidak menyadarinya. (QS. 7:95)
96. Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (QS. 7:96)
97. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? (QS. 7:97)
98. Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? (QS. 7:98)
99. Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (QS. 7:99)
100. Dan apakah belum jelas bagi orang-orang yang mempusakai suatu negeri sesudah (lenyap) penduduknya, bahwa kalau Kami menghendaki tentu Kami azab mereka karena dosa-dosanya; dan Kami kunci hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (pelajaran lagi)? (QS. 7:100)

Rabu, 17 Oktober 2012


Syukur Alhamdulillah dan Tahniah Shafiqah kerana berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Pahang. 




Ahad, 23 September 2012

Selamat menunaikan Ibadah Haji kepada Jemaah Haji 2012, terutaman kepada sahabat saya Hamsan Ahmad. Semoga dapat menunaikan segala perkerajaan haji dengan penuh kesabaran. Mudah-mudahan mendapat Haji Mabrur. 

Sabda Nabi SAW "Haji mabrur itu tiada balasan baginya melainkan Syurga" HR Bukhari.

Bagi mereka yang belum bercadang hendak menunaikan Fardhu haji, mari kita selak sedikit hadis Qudsi ini. Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW terah bersabda "Allah telah mewahyukan kepada Adam, Tunaikanlah haji ke Baitullah itu, sebelum terjadi sesatu keatas dirimu. Bertanyalah Adam, apakah akan terjadi keatas diriku, wahai Tuhan ku, berfirman tuhan sesatu yang belum engkau ketahuinya, iaitu Maut. Bertanya Adam, apakah itu maut?. Berfirman Tuhan nanti akan engkau rasakannya. 

sahabat haji 2002

Dengan itu rebutlah masa sihat sebelum maut datang meragut nyawa. Janganlah menangguh-nangguh amalan ini.Dibimbangi apabila rasa hendak pergi menunaikannya, tiba-tiba datang musibah seperti sakit, tidak berwang atau sebagainya.



Selasa, 4 September 2012

Biadap

Nak bersama mengutuk dan mengetuk sikap biadap dan memalukan ini. Apapunya budak  engaku ni. Buat malu makpak engaku saja. Bila orang kata engkau Kurang Ajar. Yang tak ajar mak pak.  Nak bagi tahu pada engkau yang kau hina tu manusia macam kau, tak terlepas dari salah dan silap, pemimpin negara yang kau tinggal didalamnya, saudara sesama Islam. Apa engkau ingat engkau lebih baik dari dia. Kau hebat sangat ke? sampai sanggup melakukan perbuat tak bermoral tu. Layak ke engkau  yang serba kekurangan menghina makhluk Allah sebigtu rupa. Buat  yang terhina,  harap sabar banyak banyak jangan patah semangat dengan kejadian ini teruskan dengan  program memakmurkan negara, jangan ada lagi rakyat yang terpinggir. Jangan lupa jeling-jeling sama Isteri tu. 

Khamis, 30 Ogos 2012

55 tahun


Merdeka Merdeka Merdeka
Selamat menyambut hari merdeka
semuga Malaysia terus maju

Sabtu, 25 Ogos 2012

Raya 1433

Diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami. Didoakan semoga amalan kitas di terima Allah

Ahad, 15 Julai 2012

RAMADHAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Mari kita hayati hadis ini
”Wahai manusia, sunguh telah dekat kepadamu bulan yang agung,
                                               (Ramadhan)
bulan yang penuh dengan keberkahan,
yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik (nilainya) dari seribu bulan,                      (Lailatul Qadar)
bulan yang mana Allah tetapkan puasa di siang harinya sebagai fardhu,
dan shalat (tarawih) di malamnya sebagai sunah.
Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah di bulan ini dengan satu kebaikan (amalan sunnah), maka pahalanya seperti dia melakukan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain.
Barangsiapa melakukan amalan fardhu di bulan ini, maka pahalanya seperti telah melakukan 70 amalan fardhu di bulan lainnya.
Inilah bulan kesabaran dan balasan atas kesabaran adalah surga,
bulan ini merupakan bulan kedermawanan dan simpati (satu rasa) terhadap sesama.
Dan bulan dimana rizki orang-orang yang beriman ditambah.
Barang siapa memberi makan (untuk berbuka) orang yang berpuasa
maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya
dan dibebaskan dari api neraka dan
dia mendapatkan pahala yang sama sebagaimana yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa.
Mereka (para sahabat) berkata : “Wahai Rasulullah! tidak semua dari kami mempunyai sesuatu yang bisa diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”
Rasulullah menjawab: “Allah akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan sebiji kurma, atau seteguk air, atau setetes susu”.
Inilah bulan yang permulaannya (sepuluh hari pertama) Allah menurunkan rahmat,
yang pertengahannya (sepuluh hari pertengahan) Allah memberikan ampunan,
dan yang terakhirnya (sepuluh hari terakhir) Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka .
Barangsiapa yang meringankan hamba sahayanya di bulan ini, maka Allah SWT akan
mengampuninya dan
membebaskannya dari api neraka.
Dan perbanyaklah melakukan empat hal di bulan ini,
yang dua hal dapat mendatangkan keridhaan Tuhanmu,
dan yang dua hal kamu pasti memerlukannya.
Dua hal yang mendatangkan keridhaan Allah yaitu syahadah (Laailaaha illallaah)
dan beristighfar kepada Allah,
 dan dua hal yang pasti kalian memerlukannya yaitu
mohonlah kepada-Nya untuk masuk surga dan
berlindung kepada-Nya dari api neraka .
Dan barang siapa memberi minum kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka), maka Allah akan memberinya minum dari telagaku (Haudh) dimana dengan sekali minum ia tidak akan merasakan haus sehingga ia memasuki surga “. 
[Shahih ibnu Khuzaymah no. 1887]

Rabu, 13 Jun 2012

langkawi

Nak guna blog pun dah lupa, faham faham aje le dah tiga bulan menghilang diri sebok pasal apa pun tak tahu. Pejam celik pejan celik dah malam. orang tua tak boleh tidur lewat lewat malam ada saja le penyakit nya. Nak tulis panjang panjang pun bukan kau orang nak baca sangat. oleh itu mari kita tengok gambar aja.
ada dak wajah kau orang dalam ni ? kalau tak ada kena usha lebih sikit.
 dia ni singgah kat mana games 
 pasti nak berlepas ke Langkawi
 konon org muda nak nasihat tentang pemanduan
  
apa hal pun kena sok 
 mat cincang
 nampak aja terdedah macam murah nak terkena boleh tanya
nasib sebuah feri 
 masa ini kalau lapar sendiri jawab

Rabu, 21 Mac 2012

Malaysia P perancis


Rehat berkayuh pekena teh tarik diwarung trafik light Titi Semeling, dok asyek belek surat khabar datang askar muda hulurkan tangan dan bersapa “apa khabar pak long?”.  Tangan disambut “habaq baik”. Selesai pekena teh tarik bersama sebungkus nasi lemak kayuhan diteruskan menghala balik ke Tmn Sejati. Sambil dok berkayuh teringat kat askar muda tadi dia panggil aku Pak Long. Alhamdulillah dia tolong peringat. Aku ni dah tua. Rasa-rasanya nak perbanyakkan lagilah amal ibadah. Umoq pun dah banyak. Isyyy umoq dah banyak ke atau dah semakin sikt.  Agak-agaknya boleh ke katham Al Quran dalam cuti seminggu ni. 
 
Kayuhan terhenti dilampu isyarat Sg Jagong, teringatla pulak surat khabar tadi  Malaysia ke Perancis. Ini bukan pasal cerita Muhammad dan keluarganya yang kini berada di Paris Peranchis. Ini Pasal belian kapal Selam komisyen 500 juta dan gadis sunti Altantuya Sharibu. Bila mahkamah negara ku tidak tempat untuk kes ni. Dia orang panggil Tuan Bourdon untuk buka kes ini dimahkamah Perancis. “mari kita tengok siapa yang kena”. Inilah pasalnya kalau tak ambil peduli, diaorang mengadu kat mahkamah Perancis. Pasal tak ambil peduni ni, memang kerap berlaku diMalaysia ni, Contohnya ramai ibubapa tak ambil peduli pasal anak-anak balik lewat malam. Ramai orang tak ambilpeduli persekitaran yang kotor. Buang sampah ikut suka hati. I tak kesah punya hal-lah, ramai yang tak ambil kesah.