Ahad, 23 September 2012

Selamat menunaikan Ibadah Haji kepada Jemaah Haji 2012, terutaman kepada sahabat saya Hamsan Ahmad. Semoga dapat menunaikan segala perkerajaan haji dengan penuh kesabaran. Mudah-mudahan mendapat Haji Mabrur. 

Sabda Nabi SAW "Haji mabrur itu tiada balasan baginya melainkan Syurga" HR Bukhari.

Bagi mereka yang belum bercadang hendak menunaikan Fardhu haji, mari kita selak sedikit hadis Qudsi ini. Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW terah bersabda "Allah telah mewahyukan kepada Adam, Tunaikanlah haji ke Baitullah itu, sebelum terjadi sesatu keatas dirimu. Bertanyalah Adam, apakah akan terjadi keatas diriku, wahai Tuhan ku, berfirman tuhan sesatu yang belum engkau ketahuinya, iaitu Maut. Bertanya Adam, apakah itu maut?. Berfirman Tuhan nanti akan engkau rasakannya. 

sahabat haji 2002

Dengan itu rebutlah masa sihat sebelum maut datang meragut nyawa. Janganlah menangguh-nangguh amalan ini.Dibimbangi apabila rasa hendak pergi menunaikannya, tiba-tiba datang musibah seperti sakit, tidak berwang atau sebagainya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan