Bila cuti persekolahan banyaklah kendurikendara, kaumkeluarga, sahabathandai, jirantetangga. yang jauh yang dekat berkunjung dan bersua, bersalam berkenalan dan bergembira. Seronok dan bergembira. Inilah salah satu cara untuk menghubungkan talipersaudaraan (Silaturahim). Islam adalah agama persaudaraan. Agama yang mengutamakan tali persaudaraan antara sesama manusia tanpa membezakan kedudukan, bangsa dan warna kulit.
Yang sedihnya ada jug orang mengabaikan dan mengambil ringan tentang hubungan persaudaraan ini. Kita sering dengar pepatah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" tetapi pepatah ini hanya mainan di bibir sahaja. Malah ada yang meremehkan ajakan atau panggilan kemajlis kenduri.
Sesungguhnya rasa persaudaraan itu akan timbul bilamana sesama orang Islam itu tidak sombong diri atau mengangap diri lebih mulia dari orang lain, tidak irihati dan dengki, tidak saling hina menghina
Rasululah s.a.w. bersabda: Tidak ada perbuatan hasanat yang lebih cepat pahalanya daripada Silaturahim dan tiada dosa yang layak disegerakan pembalasannya di dunia disamping seksanya kelak di akhirat seperti memutuskan tali persaudaraan dan berlaku zalim aniaya.
Saling bersaudaralah kalian kearna Allah
Tidak masuk surga orang yang memutuskan kekeluargaan (HR Bukhari dan Muslim)
Barang siapa yang senang dibentangkan kepadanya jalan reseki serta dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali kekeluargaan.
Hendak mengenali sahabat, kita bermusafir bersamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan