Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan
manusia daripada saripati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami menjadikannya
air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian, air mani
itu Kami jadikan sesatu yeng melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami
jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang,
lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian kami menjadikan
makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah, pencipta yang paling baik. (AL
Quran Al-Mukminun)
Amat mudah bagi Allah menjadikan sesuata, dengan
izin dan kehendaknya lahirlah Ahmad
Aabid Mursyid. Pada 2 ramadhan 1434 bersamaan 11 julai 2013 jam 4.04 petang.
Kehadirannya teringatlah sepotong ayat Allah
وَاعْلَمُواْأَنَّمَاأَمْوَالُكُمْوَأَوْلاَدُكُمْفِتْنَةٌوَأَنَّاللّهَ عِندَهُأَجْرٌعَظِيمٌ
Dan ketahuilah hartabenda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan
sesungguhnya disisi Allah jugalah pahala yang besar”. (surah
Al-Anfal ayat 28)
كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة،
فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ
الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ
Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah,
maka kedua ibu bapanya menyahudikannya atau menasranikannya, atau
memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah
kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)” (HSR Bukhari dan
muslim)
Ahmad Aabid Mursyid umpama kain putih yang bersih kamilah yang akan bertanggung jawab mewarnai dan
mencorakkannya. Kami pohon kepada Mu Ya Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan
dalam menghadapi ujian ini, sokongan dan Doa dari semua diharapkan.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu
kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada
kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.”
(Surah al-Isra’, ayat 31)
Ya Allah jadikanlah anak ini orang yang berbakti kepada kedua orang
tuanya dan bukan orang yang sombong dan bukan pula orang yang durhaka,
Jadikanlah dia termasuk di kalangan orang yang soleh.
Ya Allah Jadikanlah dia orang yang faham agama. Ajarkan kepadanya ta’wil
dan tafsir, faham yang mendalam tentang Al Quran dan limpahkan kepadanya
rezeki yang banyak, anak yang ramai dan berkatilah hidupnya dengan rahmat Mu.
Ya Allah Ya Tuhan yang sangat mengasihani. AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan