Selasa, 31 Disember 2013

2013 d Tinggalkan

Sekejap lagi tahun 2013 akan berlalu, sedikit sangat kegembiraan yang dicapai tetapi penuh makna buat keluarga. Alhamdulillah Allah mengeruniakan seorang lagi cahaya mata lelaki Ahmad Aabid Mursyid. Lahir 11 julai 2013. Menjadikan keluarga ini sungguh-sungguh gembira, hingga kekaum kerabat dan sahabat handai. Semoga Allah memberkatinya mu Ahmad Aabid Mursyid
 Kegembiraan keluarga diserikan lagi dengan kejayaan Shakinah menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Terangganu. Tahniah kerana telah bergelar graduan. Majlis Konvokesyen ke 11 dapat dihadiri pada 20 oktober 2013. Semoga ilmu yang dipelajari dapat menjamin kehidupan di dunia dan menyelamat diri di akhirat. Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terangganu menjadi kenangan.Taumpang gembira buat Shafiqah ditempat kerja barunya PHN Industry Sdn Bhd. Semoga cemerlang ditempat baru.
Kegembiraan  2013 diakhiri dengan kejayaan Ariff Husaini dapat melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khariah Kampung Pisang 09200 kupang Baling Kedah. Semoga mencari kejayaan yang lebih cemerlang

Cerita hujung tahun 2013 amatlah memanaskan telinga dan lahirnya pelawak pelawak yang tidak melucukan. Mengapa pak menteri berkata demikian, Apakah tidak tahan melayan kerenah rakyat? atau telah berasa bangga diri atas kemenangan PRU 13?.Kita percaya kenaikan harga barang dan kos sara hidup pada jangka masa hadapan tidak dapat dielakkan. Tapi kerajaan harus melakukan tindakan yang tidak menekan rakyat. Apa ertinya negara maju 2020 tetapi rakyat terhimpit dengan hutang negara.Buat pak menteri 
jawablah masalah rakyat dengan berhemah. Jangan perli perli. Macam lawak bodoh.

 Selamat tinggal 2013


Ahad, 15 Disember 2013

Mat Sabu Syiah

KDN kata Mat Sabu Syiah, Mat Sabu kata nak saman. Berita Mat Sabu Syiah ni dah lama didengar, malah penceramah penceramah PAS pun ada mengatakan hal demikian.Cuma tak melatup sebagai manaDatuk Sri Dr Zahid cakap.  Namun begitu Mat Sabu masih menang jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lalu.Tuduhan syiah ni cukup berat. Ustaz ustaz pun ad kata syiah ini terkeluar dari Ahli sunah malah terkeluar dari Islam.  Yang silapnya, dikatakan  Mat Sabu Syiah dipentas umno, yang menuduhnya pula orang kuat umno. Bila diperkatakan dipentas politik menjadilah ia isu politik. Mangsanya KDN terpaksa mengemukakan 10 hujah yang dipertikaikan.
Sepatutnya biarlah KDN atau Jakim cakap dulu baru menteri menyusul dibelakang, barulah nampak macam tak politik. Serangan keatas Mat Sabu setelah memenangi jawatan Tim. Presiden seolah olah ada yang tidak puashati atas kemenangannya dan memperalatkan orang tertentu dan jabatan tertenut.untuk menjatuhkannya. Walau bagaimana pun ini hanya angapan politik.
Mudah sahaja bagi Mat sabu hendak menafikanya. Buat pengakuan beliau bukan syah dan mengaku kebenaran sahabat= sahabat Nabi., terutana Sayidina Abu Bakar, Omara dan Osman
Sekarang terpulanglah kepada Mat Sabu samaada menyaman atau menafikannnya sahaja.

Selasa, 10 Disember 2013

Ustaz Kazim


Marah betul orang kepada Ustaz Kazim  seolah olah Ustaz Kazim telah melakukan satu dosa besar. Kesihan ustaz Kazim yang dikecam dan dilemparkan degan kata kata hina malah difitnah. Mudah sungguh lidah manusia  menghina saudaranya.  Yang  lagi peliknya datang dari lidah orang  pandai  huku hakam, yang pandai dosa pahala, malah orang yang berjuang atas lambing  agama. Agak agaknya adakah orang bukan Islam tertarik dengan Islam kalau mendengar kata nista yang dilemparkan orang Islam kepada saudaranya sendiri. Silapnya masyarakat kita hari ini ialah sentiasa melihat kita sahaja yang betul orang lain salah belaka. Kelompok kita sahaja yang betul sementara semuanya salah begi kelompok lain. Seorang Insan yang hendak berubah menjadi baik, kata kata kitalah menjadi penghalangnya. Alangkah baiknya Isu pelantikan Ustaz Kazim ini dibincangkan secara baik tidak melampau dan bertentangan denga ajaran Islam.
Sepatutnya Ustaz Kazim menerima sahaja jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang ditawarkan. Jawatan MT umno ini payah dan jarang sekali ditawarkan kepada Ugamawan. Mungkin Umno hendak berubah, apasalahnya Ustaz Kazim membantu. Mungkin / InsaAllah ustaz Kazim dapat melakukannya. Rasanya orang yang melenting kalau ustaz Kazim menerima jawatan MT difikiran mereka takkan berjaya. Difikiran mereka orang lain macam mereka juga, lemah dan takut. Walau bagaimana pun keputusan Ustaz Kazim menolak jawatan tersebut perlu dihargai.
Semoga Ustaz kazim menjadi pendakwah yang berjiwa terbuka, sabar dalam menghadapi kerenah. Semoga terus menyampaikan Ilmu dan menjadi pendakwah yang tulin