Selasa, 10 Disember 2013

Ustaz Kazim


Marah betul orang kepada Ustaz Kazim  seolah olah Ustaz Kazim telah melakukan satu dosa besar. Kesihan ustaz Kazim yang dikecam dan dilemparkan degan kata kata hina malah difitnah. Mudah sungguh lidah manusia  menghina saudaranya.  Yang  lagi peliknya datang dari lidah orang  pandai  huku hakam, yang pandai dosa pahala, malah orang yang berjuang atas lambing  agama. Agak agaknya adakah orang bukan Islam tertarik dengan Islam kalau mendengar kata nista yang dilemparkan orang Islam kepada saudaranya sendiri. Silapnya masyarakat kita hari ini ialah sentiasa melihat kita sahaja yang betul orang lain salah belaka. Kelompok kita sahaja yang betul sementara semuanya salah begi kelompok lain. Seorang Insan yang hendak berubah menjadi baik, kata kata kitalah menjadi penghalangnya. Alangkah baiknya Isu pelantikan Ustaz Kazim ini dibincangkan secara baik tidak melampau dan bertentangan denga ajaran Islam.
Sepatutnya Ustaz Kazim menerima sahaja jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang ditawarkan. Jawatan MT umno ini payah dan jarang sekali ditawarkan kepada Ugamawan. Mungkin Umno hendak berubah, apasalahnya Ustaz Kazim membantu. Mungkin / InsaAllah ustaz Kazim dapat melakukannya. Rasanya orang yang melenting kalau ustaz Kazim menerima jawatan MT difikiran mereka takkan berjaya. Difikiran mereka orang lain macam mereka juga, lemah dan takut. Walau bagaimana pun keputusan Ustaz Kazim menolak jawatan tersebut perlu dihargai.
Semoga Ustaz kazim menjadi pendakwah yang berjiwa terbuka, sabar dalam menghadapi kerenah. Semoga terus menyampaikan Ilmu dan menjadi pendakwah yang tulin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan