12/02 Mencapai 55 tahun, mengikut
perkhidmatan dahulu inilah usia bersara wajib bagi ku. Apabila Akta pencen
dipinda aku pun mengikutlah perubahan
sebagai mana yang dikehendaki. Bersabarlah diri ini ke angka 60 tahun. Kehidupan perlu diteruskan walaupun sudah hampirnya hari kiamat. " Belum berhenti langkah seseorang sebalum ia ditanya tentang empat hal; Tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang jasadnya untuk apa dia rosakakan, tentang ilmunya untuk apa dia amlkan dan tentang hartanya darai mana dia dapat dan untuk apa dia gunakan."
Alhamdulillah, Allah menganugerahkan kekuatan dan kesihatan pada diri ini sehingga sekarang, biarlah kekuatan dan kesihatan ini berpanjangan sehingga
keakhirhayat hendaknya. Aamiin. Allah telah mencukupi apa yang diperlukan didalam
kehidupan ini, mempunyai wang tidak berjuta, mempunyai rumah bukan istana, mempunyai
kerja tidak meminta minta, mempunyai keluarga yang menyangi, mempunyai anak
anak yang membanggakan, makan tidak bermewah, mempunyai pangkat tidak seperti
raja, Alhamdulillah semoga semua ini tidak megasyikkan dan melalaikan.
Apa yang hendak dicari sekarang ini
ialah ketenangan hidup dan keselamatan diakhirat. Kerja keras untuk mengisi
rohani supaya subur dan sihat perlu
dilakukan. Persediaan lengakap untuk melawan musuh musuh batin perlu diperkasa. Allah mengetahui akan harsat hati
yang tersembunyi, Kepada Allah di serahkan.
Didalam bermulanya ambang usia 55 tahu,
Allah telah mengambarkan satu contoh yang perlu diikuti dipelajari. Malaikat menyempurnakan tugas mereka dengan memanggail seorang murabbi bertemunya Yang Maha Pencipta. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meninggal pada jam 9.40malam 12.2.2015 dalam usia 84 tahu. Seolah-olah alam ini mempeingatkan kepada
diri ku supaya persedian yang lebih perlu dibuat, memperbanyakkan ibadah serta amalan amalan sunat untuk menghampirkan diri kepada Allah, supaya kematian tidak terseksa.
Ya Allah sesungguhnya yang sangat
mengembirakan aku ialah, Kerana Engkau memberiku iman. Tetapi aku takut kalau kalau iman itu
Engkau cabut daripadaku, maka selama perasaan akut ini ada pada ku, saya harap
janganlah dicbut iman itu daripada ku.
Sesiapa yang dikehendaki mendapat hidayah dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kesesatan maka menjadikan dadanya sempit sukarb bagaikan akan naik ke langit.
"Siapa yang suka bertemu kepada Allah. maka Allah suka menerimanya dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya,"
dihari pengkebumian Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan