Majlis Bacaan Yasin
Jamuan
Apa kata KPN sempena sambutan peringatan Hari Polis ke 209.
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam 1Pasukan.
Memuji dan bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpahan rahmat-Nya
yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk meraikan Sambutan Hari Polis
Ke-209 kali. Pada kesempatan ini, KPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaannya dan
terima kasihnya kepada seluruh warga
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah
memerah keringat dan bergadai nyawa demi memastikan kedaulatan,
keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara kekal
terpelihara. Khidmat bakti dan kelestarian pengorbanan PDRM terbukti sepanjang
209 tahun kewujudannya dan pada hari
ini, 25 mac dapat semua sama-sama
berdiri megah menyambut tarikh keramat.
Sepertimana yang kita lakukan setiap
tahun.
KPN mengucapkan Sekalung penghargaan yang tidak terhingga
ditujukan kepada pesara-pesara polis di atas perkhidmatan cemerlang yang telah
disumbangkan sekian lama kepada nusa dan bangsa. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan
rakan-rakan pesara tidak akan dilupakan. Bagi mereka yang
telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita, sama-samalah
kita berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di
sisi Allah SWT.
KPN juga ingin
menzahirkan rasa penghargaannya kepada masyarakat yang sentiasa memberikan keyakinan dan kepercayaan
kepada PDRM untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan mereka. Atas dasar itulah
tema "POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA" dikekalkan dalam sambutan
tahun ini. Menginsafi ketulusan yang tidak terbalas ini, PDRM mengucapkan
jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini.
Sebagai sebuah organisasi penguatkuasaan yang dinamik, PDRM
perlu
melakukan transformasi dan bergerak seiring dengan tuntutan
semasa,
perubahan persekitaran dan ekspektasi masyarakat. Justeru,
PDRM perlu
sentiasa berusaha untuk memenuhi harapan dan kehendak
stakeholders.
Selari dengan Pelan Strategik PDRM (PSPDRM) 2015-2020 serta
Pelan
Integriti PDRM 2016-2020 untuk memacu PDRM ke arah
"World Class
Policing",
KPN telah
menggariskan tiga (3) tumpuan utama bagi Polis sama-sama mendokong agenda
pasukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara selamat, aman dan sejahtera
sejajar dengan visi dan misi
PDRM bagi tahun 2016.
Pertama adalah mengawal serta mengekang jenayah dan ancaman
media sosial melalui pencegahan dan penyiasatan berkesan. Polis akan terus memperkasakan usaha memerangi
jenayah, termasuklah
memberi fokus kepada aspek mengawal ancaman media sosial
ekoran daripada peningkatan ancaman siber seperti penipuan siber, cubaan pencerobohan,
pencerobohan, kod fitnah, gangguan siber, laporan yang mudah terdedah serta penipuan perkhidmatan.
Kedua memperkasakan
penyampaian perkhidmatan ke arah
kepolisan moden di
mana PDRM perlu
memfokuskan kepada pemantapan keberkesanan tadbir urus yang baik melalui
Peluasan Inovasi dan Kreatif, Persempadanan Semula Kawasan Pentadbiran Balai
Polis dan Program Infaq PDRM sepertimana
yang digariskan oleh PSPDRM 2015-2020.
Ketiga menjurus
kepada pemantapan integriti dan pematuhan
standard warga PDRM yang merupakan kesinambungan kepada .
Ianya memfokus kepada penambahbaikan Kod Etika PDRM sebagai alat kawalan
sosial dan panduan yang berfungsi sebagai inspirasi,
pencegahan salah laku, pemeliharaan maruah profesion dan keharmonian.
menziarah mereka yang pergi
KPN mengakhiri perutusannya dengan menyeru seluruh warga
PDRM untuk
meningkatkan momentum bagi mencapai prestasi yang lebih
cemerlang,
serta terus cekal berhadapan dengan apa jua cabaran yang
mendatang.
Marilah kita bersatu hati untuk terus maju serta memantapkan
lagi imej
PDRM, demi memenuhi hasrat dan harapan negara dan masyarakat
terhadap kita. Berbekalkan sumpah keramat kita untuk
berkorban demi
bangsa dan agama, kita akan sentiasa berada di dalam rahmat
dan
perlindunganNya jua, insyaAllah.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
(TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR) IG
Ketua Polis Negara
25 Mac 2016
Kawan lama yang bersara
E labu, Razali nasi kandar, Biado ho, Nan mamak, Zaidi, Not petai Aris Mamak