Jumaat, 25 Mac 2016

APA KATA KPN

 Majlis Bacaan Yasin

 Jamuan
Apa kata KPN sempena sambutan peringatan Hari Polis ke 209. 
Dimulakan dengan  Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  dan Salam Sejahtera,  Salam 1Pasukan.
Memuji  dan bersyukur  ke hadrat Allah SWT di atas limpahan rahmat-Nya yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk meraikan Sambutan Hari Polis Ke-209 kali. Pada kesempatan ini, KPN  merakamkan setinggi-tinggi penghargaannya dan terima kasihnya  kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang  telah memerah keringat dan bergadai nyawa demi memastikan kedaulatan,
keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara kekal terpelihara. Khidmat bakti dan kelestarian pengorbanan PDRM terbukti sepanjang 209  tahun kewujudannya dan pada hari ini, 25 mac dapat semua  sama-sama berdiri megah menyambut tarikh keramat.  Sepertimana yang kita lakukan setiap
tahun.
 
KPN mengucapkan Sekalung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada pesara-pesara polis di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan sekian lama kepada nusa dan bangsa. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan rakan-rakan pesara tidak akan dilupakan. Bagi mereka yang
telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita, sama-samalah kita berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di sisi Allah SWT.
KPN  juga ingin menzahirkan rasa penghargaannya kepada masyarakat yang  sentiasa memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada PDRM untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan mereka. Atas dasar itulah tema "POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA" dikekalkan dalam sambutan tahun ini. Menginsafi ketulusan yang tidak terbalas ini, PDRM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini.

  Sebagai sebuah organisasi penguatkuasaan yang dinamik, PDRM perlu

melakukan transformasi dan bergerak seiring dengan tuntutan semasa,
perubahan persekitaran dan ekspektasi masyarakat. Justeru, PDRM perlu
sentiasa berusaha untuk memenuhi harapan dan kehendak stakeholders.
Selari dengan Pelan Strategik PDRM (PSPDRM) 2015-2020 serta Pelan
Integriti PDRM 2016-2020 untuk memacu PDRM ke arah "World Class
Policing",



KPN  telah menggariskan tiga (3) tumpuan utama bagi Polis sama-sama mendokong agenda pasukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara selamat, aman dan sejahtera sejajar dengan visi dan misi
PDRM bagi tahun 2016.
Pertama adalah mengawal serta mengekang jenayah dan ancaman media sosial melalui pencegahan dan penyiasatan berkesan. Polis  akan terus memperkasakan usaha memerangi jenayah, termasuklah
memberi fokus kepada aspek mengawal ancaman media sosial ekoran daripada peningkatan ancaman siber seperti penipuan siber, cubaan pencerobohan, pencerobohan, kod fitnah, gangguan siber, laporan yang  mudah terdedah serta penipuan perkhidmatan.
 Kedua memperkasakan penyampaian perkhidmatan  ke  arah  kepolisan   moden   di  mana  PDRM       perlu  memfokuskan kepada pemantapan keberkesanan tadbir urus yang baik melalui Peluasan Inovasi dan Kreatif, Persempadanan Semula Kawasan Pentadbiran Balai Polis dan Program Infaq  PDRM sepertimana yang digariskan oleh PSPDRM 2015-2020.
 Ketiga menjurus kepada pemantapan   integriti dan pematuhan standard warga PDRM yang merupakan kesinambungan  kepada .    Ianya memfokus kepada penambahbaikan Kod Etika PDRM sebagai alat kawalan sosial dan   panduan yang berfungsi sebagai inspirasi, pencegahan salah laku, pemeliharaan maruah profesion dan keharmonian.

 menziarah mereka yang pergi

 KPN mengakhiri perutusannya dengan menyeru seluruh warga PDRM untuk
meningkatkan momentum bagi mencapai prestasi yang lebih cemerlang,
serta terus cekal berhadapan dengan apa jua cabaran yang mendatang.
Marilah kita bersatu hati untuk terus maju serta memantapkan lagi imej
PDRM, demi memenuhi hasrat dan harapan negara dan masyarakat
terhadap kita. Berbekalkan sumpah keramat kita untuk berkorban demi
bangsa dan agama, kita akan sentiasa berada di dalam rahmat dan
perlindunganNya jua, insyaAllah.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.

(TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR) IG
Ketua Polis Negara

25 Mac 2016 
 Kawan lama yang bersara
E labu, Razali nasi kandar, Biado ho, Nan mamak, Zaidi, Not petai Aris Mamak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan