Ahad, 3 April 2016

5 April Masih tetap berdiri

5 april berulang buat kali ke 36 kalinya. 5 april 80 mendaftar sebagai anggota Polis DiRaja Malaysia sehingga kini dikekalkan sebagai Polis. Teringat Abah Al Fatihah buat abah yang sungguh sungguh berminat aku memasuki bidang ini, Al Fatihah Wak Md. Dom dan Tok Uban yang menyokong bila mengatahui aku akan masuk polis. Semua watak watak ini memainkan peranan supaya aku pergi mengikuti kurus polis di PULAPOL. 4april berlepas ke Kuala Lumpur dengan teksi yang telah ditempah awal, abah mengiringi pemergian ku. Sampai di Keramat bermalam dirumah Mamakmahidin (Hj. Ahmad Mahidin). Setelah subuh dan sarapan Mamakmahidin menghantar kami ke Pulapol jalan Gurny. Dengan bag besar warna hijau tentera penuh dengan kelengkapan peribadi ku bimbit ke dewan Pengaman, mendaftarlah sebagai seorang rekerut polis.
terimalah walau pun nampak kecil tetapi amat berharga.
                                                                       Manit Keroi
     
Kejayaan tidaklah setakat mana, cuma mampu berkerja untuk tidak dimarahai dan melaksanakan tugas semampu yang boleh. Amanah yang diberikan kadang dapat dilaksanakan dengan baik adakalanya terpaksa ditolong rakan rakan dan orang atasan, bagai aur dengan tebing. Begitulah resam polis ia tidak boleh bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing, gagal lah Ia.

Kerusi empok bukanlah idaman, pada diri biarlah sederhana tetapi selesa, pepatah mengatakan berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, brsakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian.

Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
 Sahabat perjuangan abah
 Isteri sahabat seperjuangan abah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan