Assalamualaikom.
Diucapkan berbanyak banyak terima kasih kerana menyampaikan ucapan hari lahir kepada Abah kami Hj. Sholehuddin B. Hj. Jamaluddin. Semoga ucapan dan doa yang disampaikan emak emak saudara, ayah ayah saudara, kakak kakak, abang abang dan anak anak saudara , agar menguatkan lagi semangat Abah kami untuk berbakti kepada keluarga, agama dan Negara, InsyaAllah. Abah kami kata seboleh bolehnya diusia 57 ini, dia tidaklah begitu gembira untuk menyambutnya, Katanya biarlah tanggal 12 februari 2017 berlalu tanpa perayaan besar besaran. Abah kami kata hari tua sudah sampai dan kematian itu pasti tiba, Cuma yang dia bimbangkan hidup selepas mati. Pohon semua maafkan salah silap abah kami Zahir dan Batin, juga tolong doakan kesihatan dan kesejahteraan abah kami. Sebelum kami teruskan apa yang abah kami kata, mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada Hj. Jamaluddin dan Hjh. Mahrana yang telah banyak berjasa menyabung nyawa dan kudrat untuk membesarkan abah dan anak anak. Abah kata hanya ibu ibu yang tahu betapa peritnya mengandung dan membesarkan anak. Semoga Allah mengampunkan dosa kedua ibubapa kita ammiin. Abah kami pernah bercerita katanya kakak kakaknya, Hjh.Haiton, Hjh.Hawani, Hjh.Jamayiah dan abangnya Shohaili, mereka ini sangat berharga didalam hidupnya dan sangat menyangi mereka. Abah kami kata, abah pernah tinggal dan dijaga Maklong semasa bersekolah ditingkatan satu dulu. Maklong sangat bertanggong jawab katanya. Maklang katanya amat baik dan sangat suka mengambil berat tentang diri abah dan keluarga, banyak wangnya dibelanjakan untuk keluarga. Abah kami kata dia teringat satu ketika dulu masa masih kecik kecik, KakNyahnya yang baru berkerja sudah bersedia memberi hadiah kepada abah dan adik adik, pernah satu ketika dulu semasa hari raya makandak menghadiahkan baju melayu hijau untuk abah. Abah cukup seronak dan suka warna tersebut sampai kehari ini. Sayangnya baju raya tu dah tak’ada. Al Fatihah untuk wak Ngah Shohaili, kami tidak pernah berjumpa di dunia ini, InsyaAllah kami akan berjumpa disurga nanti. Abah masih ingat semasa menunggu keputusan spm, wakNgah ada mengajak abah tinggal bersamanya di Sungkai Perak untuk belajar. WakNgah sangat baik hati kata abah. Satu ketika dulu semasa kecik, diawal pagi abah dan mamak eat, main buaian tiba tiba kayu alang buaian tersebut terlucut dan jatuh menimpa kepala wakngah yang sedang tidor. Kesian wakngah berdarah kepalanya. Abah juga meminta maaf kepada adik adiknya mamak eat, makteh Sauyah dan maksu Intan kerana tidak dapat mencurahkan kasih sayang sepenuhanya keran telah berpisah tinggal di asrama dan telah mula meninggalkan kampong kerana berkerja. Semperna menyambut hari bersejarah kelahiran abah kami 12 februari apalah kiranya semua kita sudi memaafkan semua kesalahan kesalahan abah kami dan menghalalkan makan minumnya. Dikesempatan ini abah kami juga tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir kepada Ustazah Hjh. Ainon dan Pak Lang Tuan Hj. Azman. “Ya Allah, panjangkan umur kami, sehatkan badan kami, terangi hati kami, tetapkan iman kami, baikkan amalan kami, luaskan rezeki kami, dekatkan kami pada kebaikan, dan jauhkan kami dari kejahatan, kabulkan segala keperluan kami, baik dalam agama, dunia, maupun akhirat. Sesungguhnya Kau adalah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan