Ahad, 11 Februari 2018

Roda roda kehidupan

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.

Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?".

Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab, "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!" Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.

Pada suatu hari yang naas(malang), perdagangan lelaki itu jatuh bangkrap. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.

Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang pailit(bakhil) itu menikah lagi dengan seorang pedagang dikota dan hidup berbahagia.

Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang.

Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?". Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis?

apakah engkau menangis karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".

Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama dulu."

Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya,

"Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?..................
Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".

Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda akan diatas atau di bawah.

Cerita ini diambil dari:
"Syarah Ratibul Alhaddad'
Karya AlHabib Alawi bin Ahmad bin Hasan bin Abdulloh bin Alawi Al Haddad.

Renungan :
"Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS apalagi tidak lg sedang berada diATAS..
Tebarkan perbuatan baik dimana - mana maka anda akan menerima balasannya"

Khamis, 1 Februari 2018

Tak perlu

ORANG AWAM TAK PERLU TAHU DALIL?
.

Kenyataan ini boleh mengelirukan.
.
Benar orang awam tak WAJIB mengetahui dalil kerana Allah hanya membebankan hamba Nya dengan apa yang mereka mampu. Adapun MEWAJIBKAN orang awam mengetahui dalil jelas sesuatu yang di luar kemampuan mereka.
.
Tetapi ini sama sekali tak bererti bahawa orang awam tak patut diajar tentang dalil.
.
Bukankah dengan mengetahui dalil hal ini akan menambahkan ilmu mereka?
.
Bukankah dengan ilmu  ia akan menambahkan keyakinan mereka dalam apa yang mereka amalkan?
.
Bukankah dengan ilmu dan keyakinan ia akan membuatkan mereka terus mendekat kepada Allah?

Beramal tanpa mengetahui dalil dinamakan taklid, dan taklid sememangnya buta. Tiada taklid yang celik.
.
Berbeza dengan orang yang ittiba'; yakni orang yang beramal dengan berpandukan dalil Al-Quran dan Hadis, orang yang bertaklid dikatakan jahil kerana dia tak tahu dalil amalannya.
.
Kita semua setuju kejahilan bukan sesuatu untuk dibanggakan.
.
Seorang guru yang tidak melatih muridnya untuk belajar tentang dalil, bahkan dia barangkali  beranggapan bahawa dalil tak penting untuk diketahui oleh si murid, guru seperti ini mahu supaya si murid TERUS HIDUP DALAM KEJAHILAN.
.
Jelas ini bukan sikap seorang guru yang baik.
.
Malah guru seperti ini perlu dijauhi.
.
Dikhuatiri guru seperti ini hanya mahu menanam sikap taksub kepada guru dalam diri murid-muridnya.
.
Inilah realitinya.
.
Membudayakan taklid hanya akan membawa kepada sikap taksub, lalu sikap taksub kepada guru inilah yang membawa kepada perpecahan.
.
Masyarakat pula terus menjauh daripada Al-Quran dan Hadis.

Apabila masyarakat menjadikan guru  sebagai sumber hukum, akhirnya apa yang halal ialah apa yang dihalalkan oleh si guru, dan apa yang haram ialah apa yang diharamkan oleh si guru.
.
Waktu itu jika ada ORANG AWAM TAK PERLU TAHU DALIL?
.
Kenyataan ini boleh mengelirukan.
.