ORANG AWAM TAK PERLU TAHU DALIL?
.
Kenyataan ini boleh mengelirukan.
.
Benar orang awam tak WAJIB mengetahui dalil kerana Allah hanya membebankan hamba Nya dengan apa yang mereka mampu. Adapun MEWAJIBKAN orang awam mengetahui dalil jelas sesuatu yang di luar kemampuan mereka.
.
Tetapi ini sama sekali tak bererti bahawa orang awam tak patut diajar tentang dalil.
.
Bukankah dengan mengetahui dalil hal ini akan menambahkan ilmu mereka?
.
Bukankah dengan ilmu ia akan menambahkan keyakinan mereka dalam apa yang mereka amalkan?
.
Bukankah dengan ilmu dan keyakinan ia akan membuatkan mereka terus mendekat kepada Allah?
Beramal tanpa mengetahui dalil dinamakan taklid, dan taklid sememangnya buta. Tiada taklid yang celik.
.
Berbeza dengan orang yang ittiba'; yakni orang yang beramal dengan berpandukan dalil Al-Quran dan Hadis, orang yang bertaklid dikatakan jahil kerana dia tak tahu dalil amalannya.
.
Kita semua setuju kejahilan bukan sesuatu untuk dibanggakan.
.
Seorang guru yang tidak melatih muridnya untuk belajar tentang dalil, bahkan dia barangkali beranggapan bahawa dalil tak penting untuk diketahui oleh si murid, guru seperti ini mahu supaya si murid TERUS HIDUP DALAM KEJAHILAN.
.
Jelas ini bukan sikap seorang guru yang baik.
.
Malah guru seperti ini perlu dijauhi.
.
Dikhuatiri guru seperti ini hanya mahu menanam sikap taksub kepada guru dalam diri murid-muridnya.
.
Inilah realitinya.
.
Membudayakan taklid hanya akan membawa kepada sikap taksub, lalu sikap taksub kepada guru inilah yang membawa kepada perpecahan.
.
Masyarakat pula terus menjauh daripada Al-Quran dan Hadis.
Apabila masyarakat menjadikan guru sebagai sumber hukum, akhirnya apa yang halal ialah apa yang dihalalkan oleh si guru, dan apa yang haram ialah apa yang diharamkan oleh si guru.
.
Waktu itu jika ada ORANG AWAM TAK PERLU TAHU DALIL?
.
Kenyataan ini boleh mengelirukan.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan