Rabu, 25 November 2009

Wasiat Al-Quran


23. Dan Tuhan Mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah salain Dia dan hendaklah kamu bebuat baik pada ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pilaharanmu maka sekali-sekali janganlah kamau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah”  dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah “Wahai Tuhan Ku Kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
25. Tuhanmu lebih mengatahui apa yang ada dalam hatimu; Jika kamu orang-orang yang baik. Maka sesungguhnya Dia maha pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
                                                                                                                                       Al Isra’a

Kerelaan Allah adalah kerelaan kedua orang tua, dan kemurkaan Allah juga didalam kemurkaan kedua orang tua.
                                                                                                                                     At. Tirmizi


Ibu.......dimanakan ku cari ganti.
Kau selamatkan aku dari ribuan nyamuk,
semasa kecil ku.
kau suap makanan ke mulut ku tanpa di pinta,
semasa kecil ku.
ku biarkan nyamuk kenyang,
ketika tua mu
kau jalani kehidupan tua mu
ketika tidak upaya
adakala aku tersandung batu
terasa sakitnya
adakala tergigit lidah
terasa sakitnya
jumpa doktor hilang sakitnya
tergores hati mu
keampunan ku pohonkan.







Isnin, 23 November 2009

Selamat pagi Pengawas

Tahun 2010 Arif akan jadi pengawas Sekolah.
Pengumuman telah di buat pada perhimpunan Akhir tahun. Arif ada 3 tahun lagi SKSG. Baru ni kak Pyah dia pengawas sekolah dan cemerlang di SKSG. Tahun 2001 Kak Pqah dia mengegarkan SKSG Menerima Anugerah pelajar Cemerlang. Apa yang kita harap Arif juga dapat mengegarkan SKSG pada tahun 2013 nanti. Apa yang Arif perlukan Doa dari kita, bantuan dari kita, dorongan dari kita, sokongan dari kita, rakan yang baik, cemerlang dan bersaing. Mengalu-alukan cadangan terbaik untuk Arif.

Isnin, 16 November 2009

KEBERANGKATAN

Segala puji bagi Allah.
Alhamdulillah
hari ini saya telah dapat menghadiri dua upacara keberangkatan.
Di Pangkalan Kakap Merbok dan di Taman Sejati Indah.
Keberangkatan yang penuh pengajaran dan bererti.
Di Pangkalan Kakap Merbok keberangkatan Emak rakan sekerja,
berangkat menemui Allah. Allah telah memendekkan umurnay setakat 70 tahun.
Allah Izinkannya hidup selama tujuh puloh tahun dan memanggilnya kembali.
Suasana tidaklah begitu pilu kemungkinan anak-cucu dan kaum keluarga telah meredai pemergiannya. Mungkin bagi yang hadir umur sebanyak itu sudah layak dijemput Allah. Soal mati, persediaan sebelum mati dan bekalan didalam kubur langsung tidak dibualkan. Topik perbualan hal dunia (tanam serai wangi berekar-ekar tiada pembeli, ternak lintah dan cacing tiada tempat untuk di pasarkan).
Keberangkatan kekubur telah tiba, mayat diletakkan di pengusungan. Selangkah jenazah bergerak Fatihah dibacakan, sehingga tiga kali. Jarak rumah kekubur tidaklah jauh, cuma langkah kaki kiri kanan- kiri kanan sahaja. Jenazah selamat di sembahyangkan di Masjid Lama Pangkalan Kakap dan dikebumikan.
Pertanyaan. Wahai pembaca? bagaimana seandainya jika kita mati?, lalu datang orang mengukur tubuh kita, untuk membuat kubur, memandikan kita, membungkus kita dengan kain kafan, mengusung kita, lalu mereka memasukkan kita kedalam kubur, menutup kita dengan tanah. Lalu mereka pergi meninggalkan kita seorang diri.

“Ziarhlah orang yang sakit dan iringlah mayat kekubur, nescaya akan mengingatkan kamu kepada hari akhirat”

KEBERANGKATAN kedua di Taman Sejati. Keberangkatan rakan bersama isterinya ke Tanah suci Mekah. Keberangkatan penuh kegembiran menjadi tetamu Allah, keberangkatan yang dinanti-nanti sekian lama. Keberangkatan yang diharapkan menjadi berkat. Meninggalkan kampong halaman, rumah kesayangan, kereta kesayangan, keluarga kesayangan buat sementar kerana menyambut seruan Haji. Doa musafir dibacakan, Azan di laungkan, sedekah kepada kanak-kanak di hulurkan, peluk memeluk, salam menyalam ucapan semangat di lafaskan, semoga mendapat Haji yang diterima Allah Haji Mabrur. Kereta bergerak meninggalkan tetamu.
Dua keberangkatan menemui Allah.
Satu dihimpit tanah dan satulagi akan berhimpit-himpit.
Satu membawa Amalan dan satu lagi membawa Ilmu,
Satu seorang diri dan satu lagi berkawan,
Satu meninggalkan kita selama-lamanya dan satu lagi meninggalkan kita sementara waktu.
Keberangkatan yang satu ni kita kena usha untuk pergi,
Kerana keberangkatan yang satulagi sudah pasti kita pergi.

Ahad, 15 November 2009

Setelah suboh

Alhamdulillah, dapat subuh berjemaah
Baca Al Quran SurH Al Araaf (tempat tertinggi) dan
intai intai sedikit terjemahannya,
Mai kita tengok apa kata ayat 11 dan 12
11. Sesungguhnya kami telah mencipta kamu (Adam), kami bentuk tubuh mu, kemudian kami kata kepada para Malaikat “Bersujudlah kamu kepada Adam” maka mereka pun bersujud kecuali Iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud.
12. Allah berfirman “Apakah yang menghalangi mu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruh mu? Menjawab Iblis “saya lebih baik daripadanya. “Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.
Sedikit yang di faham dari ayat
“sebenarnya iblis yang kena tunduk kepada manusia dan bukannya manusia tunduk dan ikut jalan iblis” Lihatlah berapa ramai manusia yang ikut jalan iblis. Mudah-mudahan kita tidak termasuk gulungan pengikut jalan iblis.

Ahad, 8 November 2009

Doa haiwan

KJ : Makan apa tu?
Manja : Whiskas.
KJ : Apa benda tu?
Manja : Aku pun tak tau, tuan aku beli kat Tesco.
KJ : Tentu mahal, boleh rasa tak?
Manja : Mai le, tapi jaga-jaga tuan aku nampak, nanti terok kau kena bedal,
KJ : woo, sedapnya, untungnya kau makan di sediakan sedap pulak.
Manja : Kau lagi untung, boleh makan macam-macam, aku makan benda ni aja.
KJ : Ari tu aku ajak kau makan tikus, apa pasal kau tak mau?
Manja : Gila kau! Kalau aku makan, sakit perut mampus.
KJ : Pasal apa mampus, tuan kau marah ke?
Manja : Ya. Ari tu aku sakit perut, sikit aja muntah la pulak kat dalam rumah.
Boss aku tengok semacam aja, Bini Boss bawa aku kat kelinik diam-diam,
Aduduhhhhhhhhhhhh sakit kena satu jarum, lepas tu Bini boss aku bauar
bayar 20 ringgit, kat doktor.
KJ : 20 ringgit, banyak macam mana tu?
Manja : Aku pon tak tahu, dengar-dengar boss aku kata boleh beri makan satu
kampong.
KJ : Oii!, oii! Banyak tu.
Manja : itu yang aku takut sangat tu, sakit kena cucuk tak apa, takut darah tinggi
boss aku naik lagi bahaya, lagi ramai orang boleh makan, cacing boleh
makan, ulat pon boleh makan.
KJ : Apa maksud kau ramai boleh makan?
Manja : Arwah le.
KJ : Tak pa boss kau Nampak ok aja, ada exercise, ibadah ok Nampak.
Manja : Kau jangan perasaan nanti boss aku dengar datang riak dia pula, kau bukan
tak tahu manusia ni bukan boleh kena puji. Jack sikit melambong le
bangganya.
KJ : Aku harap-harap tuan kau tak macam tu, kita haiwan ni tolong-tolong le doa
kat manusia sama, supaya alam di selamat, tak di turunkan Bala.
Manja : Lariiiiiiiii tuan aku mai.

Sedikit renongan bersama. Hayati cerita ini dan faham betul-betul.

Sabtu, 7 November 2009

Bukan Nak Kaya

Bukan Nak Kaya
Kalau Kaya itu anugerah dari Allah
mungkin juga Ujian dari Allah,
Cuma berazam hendak mencari yang Halal,
REZEKI HALAL, HARTA HALAL, MAKANAN HALAL.
Saya telah menyertainya, Anda nak ikut?
Saya mengajak juga menyuruh. Anda semua ikut saya
Kita menyertainya.
Mengguna dan berniaga bersamanya.
Kalau nak ikut! “SAYA BOLEH JADI PENAJA ANDA”.
Mari kita Join HPA.
Keterangan lanjut hubungi saya atau http://hpa.com.my/metrohpa/
"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Jumaat, 6 November 2009

Singgah sat selepas suboh

Alhamdulillah
Macam biasa, dapat bangun awal, solat subuh berjemaah, baca Al Quran tengok sedikit terjemahan. Apa yang menarik untuk di bincangkan teringat semasa bulan Ramadhan yang lalu, ada seorang ustaz tu cerita betapa pentingnya DOA. Ustaz tu ambil Contoh Doa Qunut. Mai kita hayati terjemahannya dan Fikir dengan ilmu secara mendalam.
Wahai Tuhan Kami,
Tunjukilah kami bersama-sama orang yeng telah Engkau TUNJUKI,
Afiatkanlah kami bersama orang yang telah Engkau AFIATKAN,
Pimpinlah kami bersama orang yang telah Engkau PIMPINKAN,
Berkatilah kami pada apa-apa yang telah Engkau BERIKAN,
Peliharalah kami dari kejahatan perkara-perkara yang telah Engkau QADHAKAN.
seterusnya............semak sendiri..........singgah sat aja.

Selasa, 3 November 2009

Pulut Kuning

Cuti sekolah, rasanya dah terasa, baunya dah menikam ke jiwa, bunyinya dah nak meletup Murid gembira, Cikgu lagi-lagi le. Kad kawiN dah banyak terima, tapi tak ada nama ad-rin,sassssa, zzzafirahh, ayuu, shirrrrah,dan pqqqh pun tarak, mungkin tahun 2010 nak naik sekali kot. Tak pe belajaq le puas-puas dulu. Yang nak cerita ni dulu-dulu kat AyaQ TawaQ kalau musim kawiN “Pulut Kuning” tak tinggal punya. “PENGUPAH” Ana pun tak belajar benda ni datang dari mana, tAu-tAu orang tuA-tuA dah amalkan, yang peliknya benda ni Kena buat, tak buat boleh jadi perang.
Sedikit tentang “Pulut Kuning” yang ana tau. Kononnya
Pulut - harap-harap hubungan kekeluargaan / persaudaran bertambah erat melekat macam pulut.
Kuning - ingatan selalu (tak lupa).
Atas pulut kuning diletak pula, telur ayam, garam, kepala kambing.
Telur ayam direbus – Hubungan yang bersih dan suci.
Garam –Menambah apa yang kurang. supaya sempurna / menerima seadanya.
Kepala Kambing – tunggu apa lagi nak di makan le.(ini tak reti nak ulas)
“Adat ni kita dah ketepikan kerana, kerana kita dah Mengaji (belajar ). Apa-apa adat yang bertentangan dengan Islam koho-koho kita tingalkan. Apa benda pun kita tadah tangan mintakat Tuhan. KauOrang pi mengaJi tak.

Isnin, 2 November 2009

impian

Memiliki keluarga yang berjaya merupakan impian utama setiap pasangan suami isteri apabila mendirikan rumahtangga.Memilik keluaga yang berjaya bukan suatu perkara mustahil.Walaupun demikian tidak semua yang berumahtangga berhasil membentuk keluarga yang berjaya.Nilai kejayaan sesebuah keluarga sering diukur berdasarkan pencapaian akademik,harta benda dan kedudukan.Secara ringkasnya kejayaan hidup berkeluarga itu ialah apabila rumahtangga dapat dibina atas asas-asas takwa dan sentiasa terurus untuk mendapatkan keberkatan dan keampunan dari Allah SWT.Di dalamnya ada hak dan tanggunjawab yang perlu disempurnakan setiap anggota keluarga ketika memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai suami,isteri ibu atau bapa dan juga anak-anak maka akan berbuahlah rasa cinta dan kasih mesra serta terjalinlah hubungan ketaatan, hormat menghormati yang menjadi pengikat sesama ahli keluarga.