Isnin, 16 November 2009

KEBERANGKATAN

Segala puji bagi Allah.
Alhamdulillah
hari ini saya telah dapat menghadiri dua upacara keberangkatan.
Di Pangkalan Kakap Merbok dan di Taman Sejati Indah.
Keberangkatan yang penuh pengajaran dan bererti.
Di Pangkalan Kakap Merbok keberangkatan Emak rakan sekerja,
berangkat menemui Allah. Allah telah memendekkan umurnay setakat 70 tahun.
Allah Izinkannya hidup selama tujuh puloh tahun dan memanggilnya kembali.
Suasana tidaklah begitu pilu kemungkinan anak-cucu dan kaum keluarga telah meredai pemergiannya. Mungkin bagi yang hadir umur sebanyak itu sudah layak dijemput Allah. Soal mati, persediaan sebelum mati dan bekalan didalam kubur langsung tidak dibualkan. Topik perbualan hal dunia (tanam serai wangi berekar-ekar tiada pembeli, ternak lintah dan cacing tiada tempat untuk di pasarkan).
Keberangkatan kekubur telah tiba, mayat diletakkan di pengusungan. Selangkah jenazah bergerak Fatihah dibacakan, sehingga tiga kali. Jarak rumah kekubur tidaklah jauh, cuma langkah kaki kiri kanan- kiri kanan sahaja. Jenazah selamat di sembahyangkan di Masjid Lama Pangkalan Kakap dan dikebumikan.
Pertanyaan. Wahai pembaca? bagaimana seandainya jika kita mati?, lalu datang orang mengukur tubuh kita, untuk membuat kubur, memandikan kita, membungkus kita dengan kain kafan, mengusung kita, lalu mereka memasukkan kita kedalam kubur, menutup kita dengan tanah. Lalu mereka pergi meninggalkan kita seorang diri.

“Ziarhlah orang yang sakit dan iringlah mayat kekubur, nescaya akan mengingatkan kamu kepada hari akhirat”

KEBERANGKATAN kedua di Taman Sejati. Keberangkatan rakan bersama isterinya ke Tanah suci Mekah. Keberangkatan penuh kegembiran menjadi tetamu Allah, keberangkatan yang dinanti-nanti sekian lama. Keberangkatan yang diharapkan menjadi berkat. Meninggalkan kampong halaman, rumah kesayangan, kereta kesayangan, keluarga kesayangan buat sementar kerana menyambut seruan Haji. Doa musafir dibacakan, Azan di laungkan, sedekah kepada kanak-kanak di hulurkan, peluk memeluk, salam menyalam ucapan semangat di lafaskan, semoga mendapat Haji yang diterima Allah Haji Mabrur. Kereta bergerak meninggalkan tetamu.
Dua keberangkatan menemui Allah.
Satu dihimpit tanah dan satulagi akan berhimpit-himpit.
Satu membawa Amalan dan satu lagi membawa Ilmu,
Satu seorang diri dan satu lagi berkawan,
Satu meninggalkan kita selama-lamanya dan satu lagi meninggalkan kita sementara waktu.
Keberangkatan yang satu ni kita kena usha untuk pergi,
Kerana keberangkatan yang satulagi sudah pasti kita pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan