Isnin, 2 November 2009
impian
Memiliki keluarga yang berjaya merupakan impian utama setiap pasangan suami isteri apabila mendirikan rumahtangga.Memilik keluaga yang berjaya bukan suatu perkara mustahil.Walaupun demikian tidak semua yang berumahtangga berhasil membentuk keluarga yang berjaya.Nilai kejayaan sesebuah keluarga sering diukur berdasarkan pencapaian akademik,harta benda dan kedudukan.Secara ringkasnya kejayaan hidup berkeluarga itu ialah apabila rumahtangga dapat dibina atas asas-asas takwa dan sentiasa terurus untuk mendapatkan keberkatan dan keampunan dari Allah SWT.Di dalamnya ada hak dan tanggunjawab yang perlu disempurnakan setiap anggota keluarga ketika memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai suami,isteri ibu atau bapa dan juga anak-anak maka akan berbuahlah rasa cinta dan kasih mesra serta terjalinlah hubungan ketaatan, hormat menghormati yang menjadi pengikat sesama ahli keluarga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan