Khamis, 2 September 2010

Macam-macam bunyi nada talipon

Aku tunggu le....... kalau-kalau berbunyi,
tidak juga
Aku tunggu lagi..........tak bunyi juga
Aku mimpi ke?
oh tidak, masih terasa apa yang aku pegang.
Dulu aku ada teman teman ketawa, teman berbicara kadang kala aku buat kawan bergaduh. 
Ia dah lama pergi, tak kembali lagi
Ada le di tinggalkan 8 kawan untuk bergaduh dan berbicara.
Allah maha berkuasa dipanggilnya seorang dan di tinggalkannya 7 lagi. 
Seorang yang pergi ada meninggalkan sepasang ubat penawar rindu juga tidak kunjung tiba.
Haraf-harap disyawal nanti dapat berjumpa.
Yang 7 juga ku nanti,  tiada juga khabar berita.
Seolah-oleh aku telah ditanam hidup-hidup.
Apakah iklan Telekom Malaysia di TV tidak memberi kesan.
Kebiasaannya Menjelang Aidilfitri iklan ini sentiasa bermain di kaca TV.
Begitu juga perasaan ku, menjelang waktu begini, ketika begini, dipenghujung Ramadhan kerinduaan
mengelegak seperti Dodol hampir menjadi.
7 hari sudah aku di utara semenajung,
sedikit pun suara sepi-sepi tidak kudengar dari anak perantau
apakah perlu merpati putih menghantar berita atau abang posmen 
oh tidak aku tidak perlu melayan semuanya ini. 
Nak baca Quran oh waktu begini mata tak nampak
nak tidor saja, dah puas tidor
Kalaulah aku ada sayap pasti aku akan terbang .
Aku faham kesebokan mengatasi semua.
semoga kita dapat berjumpa dihari lambaran nanti.
Seorang tua bertanya kepada kanak-kanak
Nak-nak macam mana nak guna public pon ni?
Maaf makcik kami tak main le Public pon kami pakai Handphon.
boleh macik pinjam handphon. maaf kradit habis.
Ooooooooooooooooo patut le tak talipon aku kradet habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan