Pertama, tahu kewajipan apabila hampir masuk waktu sembahyang mengajak kita singgah dimana solat berjemaah hendak didirikan. Meninggalkan urusan dunia menyahut seruan azan. Suka bersama orang ini.
Kedua tahu kewajipan sembahyang, tetapi meringan-rngankannya tidak mencari dimana jemaah hendak didirikan. Suka sembahyang sendirian, bimbang urusan dunia tidak dapat diselesaikan kerana sembahyang. Perlu berwaspada dengan orang ini..
Ketiga tahu kewajipam sembahyang, membawa kita ketempat sembahyang. Kita bersembahyang, malangnya dia tidak bersembahyang. Apa kita nak hukum orang macam ini Kafir atau fasik.
"Janji (perbizaan) diantara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang. Sesiapa yang meninggalkan, bererti dia telah Kafir" (Ahmad dan Ashabus Sunan)
Keempat lagi teruk, langsung tidak tahu waktu dan kewajipan sembahyang, terpaksa diperingat disebut-sebut. Orang ni jahil perlu didikan.
Firman Allah:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar) taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka enggan mengerjakannya" (Al-Mursalat- 48)
Kelima tidak beriman (kafir) tahu keperluan rakan muslimnya, setiap kali masuk waktu sembahyang, membantu rakan muslimnya ke tempat ibadah. Menghormati ibadah rakan muslimnya. sanggup berlapar keran rakan muslimnya berpuasa. Orang seperti ini perlu didoakan supaya mendapat hidayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan