Rabu, 7 Disember 2011

Maal Hijrah


“Wahai kaum Muslimin! Ini dia kebahagian kamu, yang selalu kamu nanti-nantikan” berteriak seorang Yahudi dengan kuat apabila melihat sahaja rombongan Nabi Muhammad SAW sayup-sayup tengelam timbul ditengah-tengah lautan pasir menuju ke Madinah.
Anas bin Malik menceritakan “Aku ikut menyaksikan ketibaan Nabi ke Madinah. Tidak ada  suatu hari pun yang lebih cemerlang daripada hari ketibaan Nabi ke Madinah. Demi Allah! Belum pernah aku melihat peristiwa semeriah itu”
Begitulah gambaran kegembiraan manusia menyambut ketibaan Nabi Muhammad SAW  di Madinah. Semua perempuan daripada isteri hingga kepada gadis-gadis keluar dan bernyanyi. Semua ketua kaum mengajak Nabi singgah dirumah mereka malah meminta Nabi menetap di kampung mereka, Begitulah kemeriahan ketibaan Nabi Muhammad SAW di Madinah
  Sepertimana biasa, kita juga bergembira setiap kali tibanya Maal Hijrah. Perayaan diadakan
  dari negara hinggalah keceruk kampung. Semoga azam Maal Hijrah kali ini 1433 lebih baik dari
  tahun lalu, janganlah gembiranya sahaja tanpa perubahan BerHIJRAHlah kita dari suatu
  keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Jangalah kita seperti seorang Yahudi diatas
  hanya gembira dan mengembirakan oranglain dengan ketibaan  Nabi Muhammad SAW
  Jadilah kita seperti wanita-wanita yang keluar menyambut Nabi Muhammad SAW dengan  
  gembira dan nyanyian. Gembira bersua dengan Kekasih Allah.
Terbit bulan purnama atas kami
Dari sisi Thaniatul Wada,
Kesyukuran telah wajib atas kami
Atas ajakan Nabi ke jalan Allah,
Wahai Rasul yang diutuskan kepada kami,
Datanglah Engkau dengan urusan yang ditaati
Dan jadilah Kaum lelaki yang menyambut dengan laungan
Allahhu Akbar, Muhammad telah datang kepada kami
Allahhu Akbar, Muhammad telah datang kepada kami
 Nabi s.a.w. bersabda  "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)

Ahad, 13 November 2011

Sebaris dengan Pemimpin


Hari Raya Korban pun dah selesai. Banyak juga lembu dan kambing yang telah terkorban. Tak kurang korban dijalan raya, dalam dok sebok pasal korban teringat dua pelakon utama dunia yang telah terkorban. Masa mula naiknya pelakon ni  seluruh rakyat jelata meloncat-loncat gembira, malah kegembiraan sampai ketanah air Malaysia. Bertepuk tangan dan bersoraklah mereka. Lahirlah pemimpin yang akan membela Islam.  Mereka sentias disanjung dan dipuja-puja rakyat dan umat Islam. Amerika dan Barat sentiasa disangah. Mereka tidak menurut telunjuk Barat malahm pelakon ini berani menentang dengan perperangan.
Itulah Saddam Husein Iraq 1979-2003 dan Mummar Ghadafi Libya 1969-2011. 

Dulu mereka disanjung-sanjung bagaikan nak rak. Keberanian mereka menggetarkan  George Bush, Clinton dan Israil. Amat sukar bagi musuh menjatuhkan pemimpin ini dengan perperangan. Helah demi helah dicari. Musuh tidak berdiam diri, kalah dalam perperangan, membakar emosi rakyat dilakukan. Akhirnya kecundanglah kedua pemimpin yang mulanya disanjung umat. Kini mereka telah tiada, keguguran Sadaan Husen ditangan musuh dibantu rakyatnya. Keguguran Mummar Ghadafi ditangan rakyatnya dibantu musuh. Sedikit sangat mereka yang simpati dan berterima kasih atas kepergian pemimpin mereka. Kebaikan yang buat hilang begitu sahaja. Jasa tidak dikenang. Malah kematian disambut dengan sorak gembira. Berjaya sungguh ejen Yahudi dan Amerika Syarikat memainkan peranan. Berjaya media-media barat menyusun ayat-ayat power memburukan pemimpin ini. Lirik dan alunan jahat sentiasa dimainkan untuk menjahatkan kedua pemimpin ini. 

Kini tinggallah Ahmadindjad Iran, dialog-dailog  menyingkirkannya telah didengar dan dirasa. Iran menganuti fahaman Syai  telah dihebohkan didunia Islam. Ketakutan kepada Syah telah bermula dan kejahatan Yahudi mula dilupai.Sebelum nak beri nasihat kat pemimpin, mai kita buka jendela tengok rumah Bashar Al-Assad pemimpin Syria, Dah tenang kebelum atau masih demonstrasi. Jangan jadi macam abang Husni Mubarak Mesir 1975-2011 sudahlah.Dari apa yang kita pekatakan dan perhatikan apabila memerintah terlalu lama dan tak mahu turun-turun, Orang akan tarik turun. Apa yang kita bimbangkan bila umur bersara 60 tahun. Panjang tu bagi le orang lain pula. Kepada pemimpin jangan lupa doa orang-orang soleh, jangan jadikan doa adat upacara rasmi sahaja. Kepada pemimpin jangan pinggirkan orang Ilmuan