“Wahai kaum
Muslimin! Ini dia kebahagian kamu, yang selalu kamu nanti-nantikan” berteriak seorang
Yahudi dengan kuat apabila melihat sahaja rombongan Nabi Muhammad SAW sayup-sayup
tengelam timbul ditengah-tengah lautan pasir menuju ke Madinah.
Anas bin Malik
menceritakan “Aku ikut
menyaksikan ketibaan Nabi ke Madinah. Tidak ada
suatu hari pun yang lebih cemerlang daripada hari ketibaan Nabi ke
Madinah. Demi Allah! Belum pernah aku melihat peristiwa semeriah itu”
Begitulah gambaran
kegembiraan manusia menyambut ketibaan Nabi Muhammad SAW di Madinah. Semua perempuan daripada isteri
hingga kepada gadis-gadis keluar dan bernyanyi. Semua ketua kaum mengajak Nabi
singgah dirumah mereka malah meminta Nabi menetap di kampung mereka, Begitulah kemeriahan
ketibaan Nabi Muhammad SAW di Madinah
Sepertimana biasa, kita juga bergembira
setiap kali tibanya Maal Hijrah. Perayaan diadakan
dari negara hinggalah keceruk kampung. Semoga
azam Maal Hijrah kali ini 1433 lebih baik dari
tahun lalu, janganlah gembiranya
sahaja tanpa perubahan BerHIJRAHlah kita dari suatu
keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Jangalah kita seperti seorang Yahudi diatas
hanya
gembira dan mengembirakan oranglain dengan ketibaan Nabi Muhammad SAW
Jadilah kita seperti wanita-wanita yang keluar menyambut Nabi Muhammad
SAW dengan gembira dan nyanyian. Gembira bersua dengan Kekasih Allah.
Terbit bulan purnama
atas kami
Dari sisi Thaniatul
Wada,
Kesyukuran telah
wajib atas kami
Atas ajakan Nabi ke
jalan Allah,
Wahai Rasul yang
diutuskan kepada kami,
Datanglah Engkau
dengan urusan yang ditaati
Dan jadilah Kaum
lelaki yang menyambut dengan laungan
Allahhu Akbar,
Muhammad telah datang kepada kami
Allahhu Akbar,
Muhammad telah datang kepada kami
Nabi s.a.w. bersabda "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang
yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang
yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan