Khamis, 17 Februari 2011

CEGAH JENAYAH


     Carilah cahaya dalam kegelapan

Cakap-cakap ustaz
Puas hati dengar Kuliah Maghrib di Masjid Bertam Kepala Batas. Setengah     jam  a’ja. Tapi penuh dengan Isi, tak melerettttttttttttttt……
Masalah meningkatnya kadar jenayah  bunuh, samun, ragut,rogol, curi, gaduh, dadah, tipu, rasuah, salah guna kuasa dan seribu macam lagi.
Kebanyaknya pula dilakukan oleh orang Melayu Islam. Maka kerajaan dan pihak berkuasa pun buatlah bermacam-macam langkah pencegahan, Anggota polis pun ditambah, tak cukup dengan itu anggota rela, tentera dan Jabatan pertahanan awam dipanggil membantu bersama. Masyarakat dan rakyat pun diperingatkan dan diminta tolong berkerjasama. Tv, radio dan surat khabar  turut berkempen. JENAYAH BERLAKU LAGI. Polis kata jenayah 2010 menurun. Seminar dan kempen sentiasa diadakan, habis beribu-ribu ringgit . Masalah tidak selesai juga.
Apa Ustaz  tu kata dengan membaca ayat  Al Quran pendek  sahaja. “SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU MELARANG (MENCEGAH/MENAHAN) KITA DARI PERBUATAN-PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNGKAR (JAHAT) “ Al-Ankabut ayat 45.
Ibubapa pastikan mengajar dan menyuruh anak-anak mereka bersembahyang. Pemimpin dan ketua  pastikan orang bawahan mendirikan sembahyang dan beri  kesempatan waktu untuk mereka  bersembahyang. Kerajaan,  pemerintah ambil tindakan kepada orang-orang yang tidak bersembahyang. (tambah)  saman macam kesalahan trafik (ada empat lagi saman trafik pandu laju belum dibayar).
Berbalik kepada ayat  al ankabut “sesungguhnya sembahyang itu mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar”
Apa kata ustaz. Allah yang menjadikan manusia dan Allahlah juga yang mengatahui masalah manusia. Sekiranya  manusia Islam benar-benar mendirikan sembahyang Iklas dan menghayati bacaan didalam sembahyang  pasti  Sembahyang boleh mencegah dari perbuatan mungkar.  Contoh  pada niat sembahyang  “Sahaja aku sembahyang fardzu………KERANA  ALLAH TAALA. Pastinya  orang yang bersembahyang yakin sesatu perkerjaan yang  dilakukan Kerana Allah Taala. Allah mengatahui dan melihat apa-apa yang dikerjakan. Seterusnya orang yang bersembahyang melakukan  akujanji dengan Allah, sebagai mana dengan bacaan Iftitah. “Allah maha besar sebesar-besarnya, dan puji-puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan  orang-orang yang menyengutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, Ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seruan sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyengutukanNya, dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.
Insan yang bersembahyang lima waktu sehari semalam pasti akan berubah menjadi  baik. Malah orang yang bersembahyang yang yakin dengan Allah tidak akan takut miskin atau dihina. Setelah orang yang bersembahyang  yakin dengan Allah Maha besar, Allah Maha murah, Allah Maha kaya,  pastinyalah Allah tempat mengadu dan tempat meminta. Allah tidak akan mempersia-siakan permintaan hambanya. Apa yang kita minta ketika duduk diantara dua sujud  “Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku”. Bukankah bacaan ini sudah cukup untuk orang bersembahyang  berbahagia didunia dan akhirat . Tentulah orang yang yakin dengan Allah dan sembahyang sebenar-benar sembahyang tidak akan melakukan kejahatan dan mungkar..
Maka dari sekarang, hendaklah kita menganjurkan diri kita supaya memelihara sembahyang. Semoga kita diRahmati oleh Allah. Terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar yang dihasut  nafsu dan syaitan.
Sesungguhnya benarlah Kalam Allah.
                                     cantiknya dunia yang terang

Sabtu, 12 Februari 2011

LIMAPULUHSATU


51 angka yang di kagumi.5 +1= 6.   6 rukun Iman (beriman kepada Allah, Malaikat, kitab-kitab Allah, Rasul-rasul, Khiamat dan Qadak dan Qadar) Ku pohon Kuatkan Iman ku diangka 51Ini. 5 & 1.5 rukun Islam (Mengucap  2 kalimah Syahadat, Sembahyang 5 waktu,  Zakat, berpuasa Ramadhan  dan Haji ke Baitullah) dan 1 sama dengan Ihsan (menyembah Allah yang Esa seolah-olah kita melihatnya, kiranya kita  tidak melihatnya, maka sesungguhnya Allah tetap melihat  kita. Ku pohon di angka 51 sempurnalah rukun Islam ku.  Kepada Allah ku pohonkan restu dan doa semoga Ke 2 Ibubapa ku mendapat keampunan dan rahmat Ilahi. Dan kepadanya di pohonkan taufik dan hidayah. Semoga usaha ku diberkati Allah. 
Untuk Mu Manusia.
Ia lebih mengatahui akan keadaan kamu semenjak Ia menjadikan kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai-bagai peringkat dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa) Dialah sahaja yang lebih mengatahui akan orang-orang yang bertakwa.  Al Najam 32

Isnin, 7 Februari 2011

Nak Ganti Hosni Mubarak


Maka rakyat Mesir pun buatlah perhimpunan besar-besaran mendesak Hosni Mubarak turun dari takhtanya. Mubarak yang selesa dengan singgahsananya enganlah turun walau pun dah 30 tahun memerintah Mesir. Agak-agaknya simpa bila Hosni Mubarak hendak memerintah Mesir. Kalau boleh aku nak ganti hang pulak. turun le cepat. Jahatnya Mesir ni (Hosni Mubarak) menghalang  bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.  Oleh itu bolehlah kitakatakan Hosni Mubarak ni Zalim. Apa yang kita tahu kelebihan mesir ni barang makannanya murah. Taklah macam negara  rakyat didahulukan ni, boleh naik nak naik lagi. Tak tau le siapa yang berkuasa pemerintah ke atau peniaga. Nak pesan le pada pemerintah rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Perut  rakyat jelata kena jaga, perut kosong, otak pusing…………..
Maka berpesanlah bapak-bapak  menteri-menteri  jangan politikkan operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir. Begitulah juga beberapa hari lalu berkatalah meraka jangan Politikan Novel Interlok. Begitulah orang politik setiapkali ada isu, baik banjirke, tanah runtuhke, kejayaan suaknke pastilah di politikkan. Idak tak dipanggil orang Politik.
Orang Tenang, mungkin dah tenang, adun baru dah dapat, banjir pun dah surut. Yang tak tenang sekarang ni, orang Melaka orang Merlimau. Mintak apa Kome nak……..Ali Rostam pasti bagi.
Satulagi yang tak tenang PENA, masih bertahan tidak setuju dengan pindaan pada  Interlok. Yang peliknya mengapa pak Mahyudin tunduk pada desakan segelintir yang mengangap diri mereka sayur Peria. Kerana takut? Atau ketuanan melayu dah, tak jadi tuan. Walau apa-apa pu jangan gaduh-gaduh. Ini kes bukan menang-menang, sebagai mana setengah orang kata. Ini kes kementerian pelajaran dah kalah.
Oklah dah merapu. Mau pi tidoQ. Wassalam. '