Khamis, 17 Februari 2011

CEGAH JENAYAH


     Carilah cahaya dalam kegelapan

Cakap-cakap ustaz
Puas hati dengar Kuliah Maghrib di Masjid Bertam Kepala Batas. Setengah     jam  a’ja. Tapi penuh dengan Isi, tak melerettttttttttttttt……
Masalah meningkatnya kadar jenayah  bunuh, samun, ragut,rogol, curi, gaduh, dadah, tipu, rasuah, salah guna kuasa dan seribu macam lagi.
Kebanyaknya pula dilakukan oleh orang Melayu Islam. Maka kerajaan dan pihak berkuasa pun buatlah bermacam-macam langkah pencegahan, Anggota polis pun ditambah, tak cukup dengan itu anggota rela, tentera dan Jabatan pertahanan awam dipanggil membantu bersama. Masyarakat dan rakyat pun diperingatkan dan diminta tolong berkerjasama. Tv, radio dan surat khabar  turut berkempen. JENAYAH BERLAKU LAGI. Polis kata jenayah 2010 menurun. Seminar dan kempen sentiasa diadakan, habis beribu-ribu ringgit . Masalah tidak selesai juga.
Apa Ustaz  tu kata dengan membaca ayat  Al Quran pendek  sahaja. “SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU MELARANG (MENCEGAH/MENAHAN) KITA DARI PERBUATAN-PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNGKAR (JAHAT) “ Al-Ankabut ayat 45.
Ibubapa pastikan mengajar dan menyuruh anak-anak mereka bersembahyang. Pemimpin dan ketua  pastikan orang bawahan mendirikan sembahyang dan beri  kesempatan waktu untuk mereka  bersembahyang. Kerajaan,  pemerintah ambil tindakan kepada orang-orang yang tidak bersembahyang. (tambah)  saman macam kesalahan trafik (ada empat lagi saman trafik pandu laju belum dibayar).
Berbalik kepada ayat  al ankabut “sesungguhnya sembahyang itu mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar”
Apa kata ustaz. Allah yang menjadikan manusia dan Allahlah juga yang mengatahui masalah manusia. Sekiranya  manusia Islam benar-benar mendirikan sembahyang Iklas dan menghayati bacaan didalam sembahyang  pasti  Sembahyang boleh mencegah dari perbuatan mungkar.  Contoh  pada niat sembahyang  “Sahaja aku sembahyang fardzu………KERANA  ALLAH TAALA. Pastinya  orang yang bersembahyang yakin sesatu perkerjaan yang  dilakukan Kerana Allah Taala. Allah mengatahui dan melihat apa-apa yang dikerjakan. Seterusnya orang yang bersembahyang melakukan  akujanji dengan Allah, sebagai mana dengan bacaan Iftitah. “Allah maha besar sebesar-besarnya, dan puji-puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan  orang-orang yang menyengutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, Ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seruan sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyengutukanNya, dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.
Insan yang bersembahyang lima waktu sehari semalam pasti akan berubah menjadi  baik. Malah orang yang bersembahyang yang yakin dengan Allah tidak akan takut miskin atau dihina. Setelah orang yang bersembahyang  yakin dengan Allah Maha besar, Allah Maha murah, Allah Maha kaya,  pastinyalah Allah tempat mengadu dan tempat meminta. Allah tidak akan mempersia-siakan permintaan hambanya. Apa yang kita minta ketika duduk diantara dua sujud  “Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku”. Bukankah bacaan ini sudah cukup untuk orang bersembahyang  berbahagia didunia dan akhirat . Tentulah orang yang yakin dengan Allah dan sembahyang sebenar-benar sembahyang tidak akan melakukan kejahatan dan mungkar..
Maka dari sekarang, hendaklah kita menganjurkan diri kita supaya memelihara sembahyang. Semoga kita diRahmati oleh Allah. Terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar yang dihasut  nafsu dan syaitan.
Sesungguhnya benarlah Kalam Allah.
                                     cantiknya dunia yang terang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan