Rabu, 23 Mac 2011

Konna koto ii na


Nak cakap pasal seseorang ni, orang berpangkatlah
orang muda, 
baru berkerja,
malangnya,
dia nak naik cepat,
mula le dia menunjuk-nunjuk.
bermuka-muka,
pengalaman tak ada, 
resam kerja tak tahu lagi,
kerja ikut buku,
perasaan orang lain tak ambil pusing,
orang katalah merak di tambah orang utara kata merak bueh.
rakan sekerja cakap biarkanlah. Dia budak-budak lagi,
a'kai tak cukup lagi.
takkan dah keluar U pun akai tak cukup lagi.
dah boleh jadi bapak budak, kalau perempuan dah boleh jadi emak budak.
tiba ringtone talifon dia pun berbunyi lagu
 Konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na
(hai! takekoputaa!)
AN.. AN.. AN..
tottemo daisuki..
DORAEMON...
Semua yang hadir pun berpandangan dan tergelak.
Betul le sangkaan ramai dia masih budak-budak lagi.
Pastikan Ringtone sesuai dengan usia dan watak anda

Rabu, 16 Mac 2011

Biarlah sangkaan kusalah

Kerana takut Biado Ho berkulat, aku pun ambik le sikit masa nak tulis. Cakap-cakap banyak, pandang pun banyak tapi masa tak banyak. Masa 24 sehari tak cukup. Tau-tau dah nak malam, cepat sungguh masa berlalu. Ingatlah Sabda Nabi saw perguna 5 perkara sebelum 5 perkara. Masa lapang sebelum masa sebok. Minggu le'peh ramai sungguh kenalan dan kawan yang telah berpindah dari dunia yang FaNa ke alam BaQa,
 Ada satu pandangan masa ziarah kematian ini. Nampaklah anak simati seolah-olah/semacam balik dari kedai bunga. Ditangannya ada beberapa kuntum bunga ros putih dan dalam bungkusan ada bunga warnawarni. Agak-agaknya budak tu nak buat apa dengan bunga tersebut? nak hias keranda ke? atau nak letak atas kubur? Rasanya tak ada dalam ajaran Agama. Tapi mungkin dia tengok TV semasa orang VVIP meninggal, dia pun ikut.Takut macan agama lain pulak. Kalau nak bagi bunga kat Ibubapa bagi masa diaorang hidup. Kalau dah mati benda tu tak di perlukan lagi.  harap-harap sangkaan ini salah.

Khamis, 3 Mac 2011

Anugerah pada Mulut


Bagi kita bangun pagi gosok gigi, sebelum tidur gosok gigi itu  amalan biasa.  Rupa-rupanya amalan menjaga dan membersihkan gigi juga tuntutan Islam.  Siapa yang belum gosok gigi di persilakan memberusnya, jangan tunggu sampai berlubang .  Siapa pernah sakit gigi? Kalau tak pernah jangan dok tebiang nak bagi sakit. Punya le sakit, sakit gigi ni, pokok getah pon boleh tercabut menahannya, tak caya ……jangan teerrray.
Pasal gigi ni nak cakap sikit
Pertama Ustaz cakap sempena Maulid Nabi Muhammad saw.
Celaka punya Utbah bin Abu Waqqas semasa perperang Uhud telah melontar batu kearah Nabi Muhammad dan betul-betul kena bahagian muka, ini menyebabkan muka Nabi saw luka dan sebatang gigi hadapan baginda telah patah. Ini dia perjuangan Nabi kita. Kita berjuang dah patah gigi?,
Kedua pesan Nabi
"Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat.”   (Hadis riwayat Muslim).
Ketiga kawan kawan cakap masa kecik-kecik dulu
Nak tahu  A’Moi suka kat kita tengok giginya. Kalau nampak gigi A’moi tu maksunnya dia sogk / sukalah……kalau tak nampak tok sah harap………..
Kelima amalan orang dulu gosok gigi dengan arang kayu, ada kala campur sedikit garam
Mai kita tengok sedikit cara menjaga gigi
·         Memeriksa gigi secara rutin
·         Memberus gigi secara teratur
·         berkumur setelah makan
·         Gunakan benang gigi untuk mengeluarkan sisa makanan
·         Pilih ubat gigi yang mengandung fluoride muslim
·         Makan makanan yang berserat
·         Kurangi makanan yang mengandung gula dan tepung
Mai kita P tengok gigi depa, ada tak taki gigi?
 Gigi dia ni canti, jaga no jangan bagi ulat makan