Khamis, 3 Mac 2011

Anugerah pada Mulut


Bagi kita bangun pagi gosok gigi, sebelum tidur gosok gigi itu  amalan biasa.  Rupa-rupanya amalan menjaga dan membersihkan gigi juga tuntutan Islam.  Siapa yang belum gosok gigi di persilakan memberusnya, jangan tunggu sampai berlubang .  Siapa pernah sakit gigi? Kalau tak pernah jangan dok tebiang nak bagi sakit. Punya le sakit, sakit gigi ni, pokok getah pon boleh tercabut menahannya, tak caya ……jangan teerrray.
Pasal gigi ni nak cakap sikit
Pertama Ustaz cakap sempena Maulid Nabi Muhammad saw.
Celaka punya Utbah bin Abu Waqqas semasa perperang Uhud telah melontar batu kearah Nabi Muhammad dan betul-betul kena bahagian muka, ini menyebabkan muka Nabi saw luka dan sebatang gigi hadapan baginda telah patah. Ini dia perjuangan Nabi kita. Kita berjuang dah patah gigi?,
Kedua pesan Nabi
"Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat.”   (Hadis riwayat Muslim).
Ketiga kawan kawan cakap masa kecik-kecik dulu
Nak tahu  A’Moi suka kat kita tengok giginya. Kalau nampak gigi A’moi tu maksunnya dia sogk / sukalah……kalau tak nampak tok sah harap………..
Kelima amalan orang dulu gosok gigi dengan arang kayu, ada kala campur sedikit garam
Mai kita tengok sedikit cara menjaga gigi
·         Memeriksa gigi secara rutin
·         Memberus gigi secara teratur
·         berkumur setelah makan
·         Gunakan benang gigi untuk mengeluarkan sisa makanan
·         Pilih ubat gigi yang mengandung fluoride muslim
·         Makan makanan yang berserat
·         Kurangi makanan yang mengandung gula dan tepung
Mai kita P tengok gigi depa, ada tak taki gigi?
 Gigi dia ni canti, jaga no jangan bagi ulat makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan