Kerana takut Biado Ho berkulat, aku pun ambik le sikit masa nak tulis. Cakap-cakap banyak, pandang pun banyak tapi masa tak banyak. Masa 24 sehari tak cukup. Tau-tau dah nak malam, cepat sungguh masa berlalu. Ingatlah Sabda Nabi saw perguna 5 perkara sebelum 5 perkara. Masa lapang sebelum masa sebok. Minggu le'peh ramai sungguh kenalan dan kawan yang telah berpindah dari dunia yang FaNa ke alam BaQa,
Ada satu pandangan masa ziarah kematian ini. Nampaklah anak simati seolah-olah/semacam balik dari kedai bunga. Ditangannya ada beberapa kuntum bunga ros putih dan dalam bungkusan ada bunga warnawarni. Agak-agaknya budak tu nak buat apa dengan bunga tersebut? nak hias keranda ke? atau nak letak atas kubur? Rasanya tak ada dalam ajaran Agama. Tapi mungkin dia tengok TV semasa orang VVIP meninggal, dia pun ikut.Takut macan agama lain pulak. Kalau nak bagi bunga kat Ibubapa bagi masa diaorang hidup. Kalau dah mati benda tu tak di perlukan lagi. harap-harap sangkaan ini salah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan