Ahad, 8 Mei 2011

WarKah


Anakanda

No.51 Jalan Tua

Taman Dekatdah Kubur.

8hb. Mei 2011


        Assalamualaikum warahmatullah.

                       Kehadapan Ibu yang tersayang. Semoga dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya. Anakanda sekeluarga disini sihat-sihat sejahtera dan sentiasa mengingati Ibu.

                       Adapun tujuan anakanda  menulis surat ini kerana hendak mengucapkan “Selamat Hari Ibu”. Semoga dengan kehadiran surat ini mengembirakan ibu. Buat  masa ini anakanda sekeluarga  tidak dapat balik kebandar menemui Ibu kerana anak sebok dengan urusan kerj-kerja dikampong.  Untuk makloman Ibu sekarang ini anakanda sedang sebok menebas hutan belakang rumah untuk dijadikan lapangan terbang. Kerana cucu Ibu yang bongsu telah mengoder beberapa buah kapalterbang dari Libya.  

                     Sempena hari Ibu ini, teringatlah anakanda tentang hutang-hutang anakanda yang belum terbayar kepad Ibu.

Hutang makan minum anakanda dari kandungan hingga besar. 

Hutang pakaian dari kecil hingga dewasa.  

Hutang mengasuh, membantu dan mengajar.

Hutang memberi nama yang baik kepada anakanda.

Hutang tidak mentaati dan bantah suruhan mu.

Hutang janji anakanda semasa kecil untuk menjaga Ibu ketika tua

               Sebenarnya banyak sungguh hutang anakanda keatas  Ibu.  Malah anakanda juga terhutang nyawa kepada  Ibu. Untuk pengatahuan Ibu, sebenarnya anakanda tidak mampu hendak membayar semua hutang-hutang tersebut. Oleh itu anakanda harap dapatlah Ibu menghalalkan dan memaafkannya.  Anakanda juga mohon redha ibu atas diri anakanda. Kerana redha ibulah menyebabkan redhanya Allah.

               Akhir kata anakanda doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosa anakanda terhadap Ibu dan seomoga Ibu diberkathi Allah. “Ya Allah Kasihanilah kedua Ibubapa Ku, sebagaimana keduanya  telah memelihara Ku dimasa kecil.

            Wassalamu’alaikum

 

anakanda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan